Pasangan merpati dua sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz sering menjadi perhatian peminat kerana dikatakan cukup mesra dan romantis.
Baru-baru ini, Fasha telah berkongsi sekeping gambar ketika dia bersama Aidil menerusi akaun Instagram miliknya.
“Terima kasih Abang Sayang, tolong hantaq ceq yang tak berapa sihat ni pi set shooting seawal pagi. Semakin hari semakin sayang. Insyaallah”kongsi Fasha.
Lalu, perkongsian isteri kepada dua orang cahaya mata itu telah mendapat perhatian daripada peminat.
Di samping itu, peminat turut memuji pasangan bahagia ini yang dikatakan sangat romatis.
Untuk rekod, Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Fasha Sandha