Awal malam tadi, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam ada membuat kejutan sambutan hari jadi khas buat guru tuisyen kepada anak-anaknya.
Menerusi posting foto dan video yang dikongsikan, jelas kelihatan guru yang dikenali sebagai Cikgu Yanti Jalil terkejut dengan kejutan yang diterima keluarga bahagia ini.
Malah, pendidik ini turut dihadiahkan dengan jambangan bunga serta kek.
“Balik umah tadi Sempat Celebrate Surprise Birthday For My Kids Tuition teacher, Teacher Yanti @yantijalil.
“Selamat Hari Lahir Awak,Panjang Umur,Sihat Sentiasa Dan Di Murahi Rezeki Sentiasa.
“Terima Kasih Ajar anak anak mummy Becca dgn Baik skali, Alhamdulillah Hampir 6 tahun rasanya dah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kira-kira enam tahun setia mendidik anak-anak bekas finalis Pencarian Dewi Remaja sezaman Scha AlYahya itu, peminat turut memberikan maklum balas baik terhadap apa yang dilakukan Becca sekeluarga.
Malah, Becca sebelum ini turut sinonim dengan sikap pengasihnya terhadap pembantu rumah.
Foto: Instagram Rebecca