Pelakon, Mira Filzah meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikecapinya dan bergelar seorang isteri pada tahun 2020.
Meski penuh dengan pancaroba, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah tetap menggangap tahun 2020 sebagai satu tahun yang indah bagi dirinya.
Di samping itu, bintang drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan ini turut mengimbau beberapa keping foto dan momen sepanjang tahun 2020 di akaun Instagram miliknya.
“Thank you Allah for blessing me much more than I deserve.
“Syukur Alhamdulillah for every day and for everything. I found my soulmate! Beautiful year, thank you 2020 #topnine2020,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan selamat tahun baru kepada aktres berusia 27 tahun itu.
Imbas kembali, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Wan Astar pada 3 Ogos lalu.
Foto: Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2023 Tahun Comeback Mira Filzah; “Lepas Pantang Dapat Tawaran… Saya Dah Susun Secara Baik Pengurusan Anak.”
Selepas hampir setahun tidak muncul dengan naskhah lakonan, pelakon Mira Filzah akui 2023 bakal menjadi tahun ‘comeback’ buat dirinya.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, dia sudah mula menerima beberapa tawaran namun ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian terlebih dulu.
Antaranya ialah soal masa sekiranya dia kembali ke lapangan lakonan kelak.
“InsyaAllah tahun depan jika ada watak yang sesuai, saya akan mula berlakon semula. Tawaran memang ada diterima, malah lepas pantang lagi saya dah dapat.
“Saya memang rindu berlakon tapi sebab sekarang dah ada anak, saya akan tengok waktu yang paling sesuai.
“Anak adalah keutamaan, bagaimanapun sekarang saya dah ada pembantu (helper) dan saya dah susun secara baik pengurusan anak sebelum boleh kembali semula untuk shooting,” katanya kepada MH.
Mira ditemui pada majlis pelancaran RR Empire sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk koleksi tudung terbaharu Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada Rabu.
Bercakap mengenai watak yang bakal digalas, dia terbuka menerima watak yang dirasakan bersesuaian dengannya.
“Status sebagai seorang isteri dan ibu, ia tidak merubah apa-apa, saya masih terbuka untuk apa jua watak.
“Tapi saya tetap akan meneliti tawaran yang diberikan, di mana saya akan melihat total hari shooting, lokasi di mana… itu semua antara yang saya titikberatkan dan hanya selepas itu saya akan buat keputusan,” katanya lagi.
Sementara itu, Mira mengakui dia pengguna setia tudung Rizman Ruzaini dan sangat menggagumi hasil kerja pereka duo tersebut yang sering tampil dengan rekaan eksklusif dan menarik.
“Sebenarnya saya merupakan pengguna setia produk-produk keluaran Rizman Ruzaini malah baju kahwin saya pun daripada mereka.
“Bila dapat jadi muse mereka, lagi-lagi untuk koleksi tudung Alhamdulillah, rekaan mereka memang senang dipakai dan selesa untuk digayakan oleh semua,” katanya lagi.
Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tujuh bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Puas Tengok Dia Pakai Tudung,”- Ini Reaksi Zizan Razak Bila Lisa Surihani Berhijab
Pelakon, Lisa Surihani kini tampil berhijab penuh sejak beberapa hari lalu.
Malah, kecantikan pelakon filem Istanbul Aku Datang itu telah mendapat perhatian ramai termasuk pelawak, Zizan Razak.
“Sumpah aku x puas tengok muka @lisasurihani bila dia pakai tudung gini.
“Walau smlm rumah x on aircond tetap sejuk rasa.
“Mashaallah you are so STGHONG!,” tulis Zizan yang merakam foto bersama Lisa.
Lalu,netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap perkongsian pelakon tersebut.
Ikuti video penuh di Instagram mengenai penghijrahan isteri kepada Yusry Abdul Halim ini.
https://www.instagram.com/tv/BzPOwK0nLbl/?igshid=wwhlhr2wy9m6
Foto: Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zaki & Yamani Kongsi RM100k Dengan Ibu Masing-Masing, Hadirnya Jamal Beri Semangat; “Babah Tak Pernah Datang Tengok Kami Buat Persembahan…”
Penyanyi Zaki Yamani menyifatkan penyertaannya dalam program Famili Duo sebagai langkah kanan untuknya dan abang, Osama Yamani kembali mengeratkan hubungan mereka.
Menganggap kemenangan bergelar juara Famili Duo musim kedua sebagai bonus, Zaki atau nama sebenar, Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 17, berterima kasih kepada pihak produksi kerana kewujudan rancangan itu yang kembali mengeratkan semula hubungan di antara mereka.
“Terima kasih Famili Duo sebab saya sebenarnya sudah lupa macam mana layanan abang kepada saya.
“Bila bertemu semula dalam program ini, saya kembali ingat semula tentang ‘chemistry’ yang ada pada kami.
“Kali terakhir pun kami rapat masa saya darjah dua, selepas itu abang dah masuk ke sekolah seni di Johor.
“Alhamdulillah, kali ini kami dapat bertemu semula sebab hari-hari jumpa,” katanya kepada MH.
Sementara itu, abangnya, Osama Yamani, 22, pula berkata mereka akan memberikan sebahagian wang kemenangan RM100,000 kepada ibu masing-masing.
“Kami akan berkongsi rezeki dengan ibu sebab lebih banyak kita memberi lagi murah rezeki nanti.
“Tentang kehadiran Babah pada malam final, ia betul-betul memberi suntikan semangat buat kami.
“Memang kami mengharapkan Babah hadir. Saya sendiri ada hantar mesej untuk minta dia datang pada malam akhir sebab Babah tak pernah datang tengok kami buat persembahan.
“Sebelum itu pun dia ada mesej beri nasihat dan minta kami tidak tergopoh-gopoh dalam membuat persembahan dan menyanyi dengan ikhlas,” kata Yamani.
Dalam konsert akhir itu, duo beradik itu menyanyikan lagu medley Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah) dan Potret (Akim & The Majistret) pada pusingan pertama serta medley lagu Hutang (Floor88), Bunga (Altimet) dan Kau Pun Sama nyayian asal Syamel.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000.
Tempat kedua menjadi milik Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang memenangi RM20,000, tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dirangkul pasangan sepupu, Bella Astillah dan Wani Kayrie (RM15,000) serta Sissy Imann dan Naim Daniel (RM10,000).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI