Aktres, Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis pertunangan adik iparnya, Ikmal Aziz.
Sedondon mengenakan persalinan rona hijau bersama suami, Aidil Aziz, Fasha tampak berseri-seri apatah lagi dalam debaran menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama suami tercinta dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Bagaimanapun, salah satu fotonya yang turut menarik perhatian ialah gambar yang dirakam bersama mentua, Rokkiah Md Noor.
Menerusi Instagram, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu menyifatkan wanita berkenaan sebagai ibu mentua yang terbaik di dunia dan turut menyayanginya sepenuh hati.
“Terima kasih Allah diatas Ibu Mertua yang terbaik di Dunia. I love you Ibu (ibu takde instagram mahupun FB ),” tulis Fasha pada ruangan komen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, Fasha menerima beratus reaksi yang ditinggalkan netizen dan rata-rata daripada mereka mendoakan kebahagiaan buat bintang berusia 35 tahun itu sekeluarga.
Sementara itu, turut dilihat hadir memeriahkan majlis sama ialah dua permata hati tercintanya dari hasil perkahwinan terdahulu, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Beberapa minggu lalu, Fasha ada berkongsi momen indah apabila mengumumkan dirinya bakal bersalin bayi perempuan.
Ads
Meski dia mengambil masa untuk bercerita mengenai berita gembira tersebut atas apa yang berlaku sebelum ini, namun Fasha akhirnya memilih untuk berkongsi mengenainya dengan harapan semoga ia dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Posting yang dimuat naik itu setakat ini sudah pun ditonton lebih setengah juta kali.
Siapa sahaja yang tidak sedih jika kehilangan anak akibat keguguran. Apatah lagi, kandungan tersebut sudah sekian lama dinantikan. Inilah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Jessie J.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, pelantun lagu Bang Bang ini membuka cerita tentang keguguran yang dialami. Menurutnya, kelmarin dia sempat bergurau dengan temannya tentang bagaimana keadaannya apabila membuat persembahan di LA tanpa memberitahu seluruh penonton yang dia sebenarnya mengandung.
Namun begitu, langit tidak selalu cerah, selepas melakukan imbasan ketiga terhadap kandungannya, tiada degupan jantung dapat didengari.
“Selepas pergi untuk imbasan ketiga saya dan diberitahu tiada lagi degupan jantung, pagi ini rasa saya tidak dapat mengawal emosi. Saya mungkin menyesal menyiarkan ini ataupun tidak. Saya sebenarnya tidak tahu.
“Apa yang saya tahu ialah saya mahu menyanyi malam ini. Bukan kerana saya mengelakkan kesedihan, tetapi kerana saya tahu menyanyi malam ini akan membantu saya. Saya telah melakukan dua persembahan dalam masa dua tahun dan jiwa saya memerlukannya. Lebih-lebih lagi hari ini. Saya tahu sesetengah orang akan berfikir saya patut membatalkannya.
“Tetapi pada masa ini saya mempunyai kejelasan mengenai satu perkara. Saya mula menyanyi ketika saya masih muda untuk kegembiraan, untuk mengisi jiwa saya dan terapi cinta diri, itu tidak pernah berubah dan saya perlu memproses apa yang terjadi dengan cara saya.
“Saya mahu jujur, bersikap benar dan tidak menyembunyikan apa yang saya rasa. Saya layak untuk berperasaan begitu. Saya mahu menjadi diri saya seperti yang saya boleh pada masa ini. Bukan hanya untuk penonton tetapi untuk diri saya dan bayi kecil saya yang melakukan yang terbaik.
“Saya tahu diri saya dan saya tahu saya akan bercakap mengenainya di atas pentas kerana itulah saya. Oleh itu, bukannya ucapan emosi yang sebak cuba menerangkan tenaga saya. Ini terasa lebih selamat,” kongsinya penuh emosi.
Penyanyi berusia 33 tahun ini menjelaskan yang kandungan tersebut adalah keputusannya untuk memiliki bayi sendiri dan pengalaman sepanjang kehamilan adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
“Saya memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri. Kerana itu semua yang saya inginkan dan hidup ini singkat. Untuk hamil adalah satu keajaiban dan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan saya tahu saya akan alami lagi. Saya masih terkejut, kesedihan yang teramat sangat.Tetapi saya tahu saya kuat, dan saya tahu saya akan baik-baik saja.
“Saya juga tahu berjuta-juta wanita di seluruh dunia telah merasakan kesakitan ini malah ada yang lebih teruk. Saya rasa berhubung dengan mereka yang saya kenali dan mereka yang tidak saya kenali. Ia adalah perasaan paling sunyi di dunia. Jadi saya akan jumpa awak malam ini LA. Saya mungkin kurang bergurau malam ini tetapi hati saya akan berada di situ,” ujarnya.
Nampaknya penyanyi ini memang kuat semangat dan keputusannya untuk terus menyanyi adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dari segi emosi. Dia dijangka menyanyi pada 24 November, 9.30 malam (waktu Los Angeles) ataupun hari ini bersamaan pukul 1.30 petang (waktu Malaysia).
+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon jelita, Mia Ahmad kini sedang hamil anak keduanya yang kini sudah mencecah usia hampir 6 bulan.
Menerusi akaun Instagram miliknya, bintang drama bersiri Hati Perempuan ini ada berkongsi cerita kehamilan bersama peminatnya.
Aktres berusia 32 tahun ini memaklumkan dirinya mengalami pendarahan di peringkat awal kehamilan gara-gara terlampau aktif melakukan aktiviti berbasikal.
“Anak bujang mommy ni dah lama mommy tak dukung dia so terasa betul beratnya nak dukung dia. Early pregnancy haritu Mia bleeding doctor cakap maybe sbb terlampau active pastu naik bicycle carry Issa tu pula kat belakang.
“I don’t know lah pregnancy kali ni macam rasa smooth sgt, tak rasa macam pregnant sbb tu lah active buat itu ini.. Issa pun baik sangat except time dia nak wean off dulu tu je.
“Alhamdulillah… Harap urusan deliver and confinement nanti pun Allah permudahkan. InsyaAllah.
“Mommies yang anak ada masalah berat badan boleh cuba minum susu @rayyansusukambinhq,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar segala urusan Mia dipermudahkan.
Imbas kembali, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa yang kini berusia setahun.
Video: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Malu apa Bossku’ ungkapan popular yang sering meniti di bibir rakyat Malaysia.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter dengan nama Jepi telah memuatnaik sebuah klip video memaparkan sekumpulan pelajar kelas berbangsa Korea menyebut ‘Malu Apa Bossku’ sambil ketawa.
Nampaknya ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ sudah mula ‘menjajah’ masyarakat luar. Tak mustahil satu hari nanti ianya akan dikeluarkan dalam bentuk lagu.
Untuk makluman, sebutan ‘Malu Apa Bossku’ mula menjadi popular selepas video pendek yang tular menampilkan seorang pemuda bersama Datuk Seri Najib. Pemuda tersebut menyebut ‘bosku’ dan disambut Najib dengan ‘malu apa bosku.’
Foto – Twitter Jepi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!