“Terima Kasih Allah Di Atas Ibu Mertua Terbaik Di Dunia. I love You Ibu,” – Fasha Sandha

Share

Aktres, Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis pertunangan adik iparnya, Ikmal Aziz.

Sedondon mengenakan persalinan rona hijau bersama suami, Aidil Aziz, Fasha tampak berseri-seri apatah lagi dalam debaran menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama suami tercinta dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Bagaimanapun, salah satu fotonya yang turut menarik perhatian ialah gambar yang dirakam bersama mentua, Rokkiah Md Noor.

Menerusi Instagram, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu menyifatkan wanita berkenaan sebagai ibu mentua yang terbaik di dunia dan turut menyayanginya sepenuh hati.

“Terima kasih Allah diatas Ibu Mertua yang terbaik di Dunia. I love you Ibu (ibu takde instagram mahupun FB ),” tulis Fasha pada ruangan komen.

Serentak dengan perkongsian tersebut, Fasha menerima beratus reaksi yang ditinggalkan netizen dan rata-rata daripada mereka mendoakan kebahagiaan buat bintang berusia 35 tahun itu sekeluarga.

Sementara itu, turut dilihat hadir memeriahkan majlis sama ialah dua permata hati tercintanya dari hasil perkahwinan terdahulu, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Beberapa minggu lalu, Fasha ada berkongsi momen indah apabila mengumumkan dirinya bakal bersalin bayi perempuan.

Meski dia mengambil masa untuk bercerita mengenai berita gembira tersebut atas apa yang berlaku sebelum ini, namun Fasha akhirnya memilih untuk berkongsi mengenainya dengan harapan semoga ia dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.

Posting yang dimuat naik itu setakat ini sudah pun ditonton lebih setengah juta kali.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Published by
MH