“Diamonds dalam hidupku. Terima kasih Allah, syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan ucapan tahniah serta dedikasi dari peminat dan rakan selebriti.
Selepas dikritik susulan tindakan hos yang dikatakan seperti tidak membuat persiapan rapi ketika sesi temu bual, pihak produksi program, MeleTOP tampil membuat permohonan maaf kepada pasukan sepak takraw negara.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan pada Khamis, pihaknya mengakui kesilapan tersebut dan ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pemain dan jurulatih yang hadir ke program MeleTOP, Selasa lalu.
“Kami di MeleTOP amat berbangga dengan kejayaan pasukan kebangsaan dalam Piala Dunia Sepak Takraw. Jadi, dengan rasa besar hati telah mengundang mereka Selasa lalu.
“Dikesempatan ini, kami ingin memohon maaf kepada pasukan kebangsaan Farhan, Haziq, Azlan, Syahir dan jurulatih Zulkarnain Arif serta semua peminat dalam sesi temu bual yang kelihatan kurang persediaan,” tulis pihak produksi menerusi kenyataan yang dikongsikan di Instagram.
Pada masa sama, pihak produksi juga berjanji akan memperbaiki kesilapan tersebut pada masa akan datang agar situasi sama tidak berulang lagi.
“Kami akur dengan kekhilafan dari pihak kami atas kekurangan dalam melakukan persiapan dengan lebih terperinci untuk sesi temubual ini.
“Kami akan mengambil iktibar dari perkara ini dan akan menambah baik di masa akan datang.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kebangsaan atas profesionalisme mereka dan kesudian untuk hadir ke Meletop.
“Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan atas pencapaian cemerlang mereka,” kongsinya.
Terdahulu, skuad sepak takraw negara mencipta sensasi selepas berjaya muncul juara pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bagi acara Regu dan Double Lelaki.
Skuad negara berjaya menewaskan Thailand di kedua-dua acara final di hadapan penyokong setia negara di Stadium Titiwangsa.
Bagaimanapun, hasrat untuk mencipta hatrik tidak kesampaian apabila skuad kendalian Ahmad Jais Baharun tewas 1-2 kepada Thailand dalam aksi final regu berpasukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Sesunggunya tidak mudah untuk seseorang itu menempa kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama di peringkat antarabangsa. Begitu juga kisah penyanyi Yuna yang pernah melalui jalan berliku sebelum berjaya seperti hari ini.
Yuna Pernah Dinafikan Bakat Dan Diminta Buka Tudung Untuk Bina Karier Di Luar Negara
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuam dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Bukan itu sahaja kesusahan dialami,mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri. Selain itu, Yuna juga pernah disuruh buka tudung dan hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja.
Kini segala kepayahan lalu berbaloi kerana nama Yuna kini semakin di kenali di kalangan penyanyi popular.
Yuna Kenang Jasa Pengurus, Bawa Karier Hingga Tembus Pasaran Antarabangsa!
Perkara berkenaan diluahkan penyanyi yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat. Yuna di laman sosial instastorynya dengan memberi penghargaaan kepada pengurus peribadi Wawa yang banyak berkorban demi karier nyanyian beliau.
Wawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa karier Yuna hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Dan kini dia sudah hampir 12 tahun bertapak dalam industri hiburan di negara Uncle Sam berkenaan. Rezekinya makin cerah dan tidak putus-putus apabila turut ditawarkan peluang berduet bersama penyanyi terkemuka antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier.
Status yang dimuat turun ini juga turut membuatkan peminatnya terharu dan kisahnya itu memberi inspirasi kepada mereka. Rata-rata begitu tersentuh dengan kisah kejayaan penyanyi ini mendaki puncak jaya.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Hafiz Mahamad memaklumkan isterinya yang juga merupakan selebriti media sosial, Syafiqah Aina kini sedang hamil anak kedua mereka.
Bagaimanapun, Hafiz memberitahu, isterinya itu mengalami alahan yang agak pelik apabila dia dikatakan akan mudah berasa loya sekiranya berhampiran dengan suaminya itu.
“Lain sangat Pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yg kuat
“Lately ni, Kalau saya nak manja/duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya,” tulisnya di Instagram.
Katanya lagi, meskipun jadual kerjanya agak padat, namun, dia akan tetap akan meluangkan masanya untuk menemani isterinya menjalani pemeriksaan doktor.
“Dari dulu, kalau isteri pregnant. Saya promise dkt dia, “saya takkan pernah skip untuk teman dia pergi checkup”.
“Harini saya bergerak tour 1 Malaysia jumpa dan train usahawan Ainaa. Ini rutin setiap tahun dan saya kena ada untuk mereka, ini tanggungjawab. Mungkin puasa nnt pun saya berada di Indonesia
“Kalau terjumpa sahabat yang memerlukan, saya akan turun untuk bantuan juga. Saya bawa semangat anak saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan meskipun agak berat baginya untuk berjauhan dengan isteri, namun dia tetap percaya ini adalah salah satu pengorbanan demi kebahagiaan masa hadapan mereka.
“InsyaAllah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri checkup. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ni
“InsyaAllah, isteri Abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik. ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Hafiz dan Syafiqah.