Jumaat lalu, penyanyi Kaka Azraff sudah pun selamat bersalin cahaya mata pertamanya, hasil perkongsian hidup bersama suami, Adam Azriff.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.
Terdahulu menerusi entri terkininya di Instagram, penyanyi yang kini muncul menerusi single Diamonds ini turut berkongsi foto bayi sulungnya itu.
“Diamonds dalam hidupku. Terima kasih Allah, syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan ucapan tahniah serta dedikasi dari peminat dan rakan selebriti.
Beberapa hari lalu, Kaka menerusi platform sama turut berkongsi mengenai kelahiran bayi lelaki yang masih belum dikongsi namanya itu.
Menurut Kaka dirinya selamat bersalin kira-kira jam 2.14 petang, pada Jumaat.
Foto: Instagram Kaka Azraff