Pelakon, Jasmin Hamid menzahirkan rasa syukur apabila akhirnya dia dibenarkan keluar daripada hospital selepas menerima rawatan akibat serangan jantung mengejut pada awal minggu lalu.
Menurut Jasmin, keadaannya kini sudah pun beransur pulih dan dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya itu.
“Allah Maha Baik. Syukur Alhamdulillah.
Suami dan anak-anak jemput saya balik rumah. Dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mertua, family, sanak saudara, kenalan dan kalian semua.
“Saya dah makin sihat dan dibenarkan keluar dari Hospital petang ini kerana heart attack baru-baru ni untuk pertama kalinya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram
Pada masa sama, Jasmin turut merakamkan ucapan penghargaannya buat para petugas hospital yang telah menjaga dan merawatnya dengan baik.
Ads
“Tiada kata selain terima kasih banyak-banyak pada para doktor dan para jururawat yang bertungkus lumus merawat saya hingga kembali sihat.
“Terima kasih juga buat sanak saudara, sahabat handai yang sempat ziarah saya di hospital.
“TERIMA KASIH juga pada semua yang sayang saya sebab tak henti-henti bertanyakan khabar saya dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih.
“Ajal, jodoh, maut dan rezeki adalah rahsia Allah. Terima kasih Allah. Terima Kasih semua kerana kasih sayang kalian pada saya. Kuatkan saya untuk bangun,” ujarnya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Jasmin segera diberikan kesembuhan.
“Alhamdulillah. Rest well kak.
“Get well soon kak. Syukur dah baik.
“Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.
Ads
“Strong women, get well soon aunty.
“Allah bagi kita sakit sebab nak hapuskan dosa kita yang lalu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Awal minggu lalu, Jasmin telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat serangan jantung mengejut.
Pihak doktor juga terpaksa memberikan bantuan ubat bagi melancarkan saluran darah ke jantungnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jasmin Hamid.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Program realiti nyanyian Mentor Milenia kini kembali untuk musim ketiga denganmenampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor.
Black, Akim Ahmad, Hazama, Stacy dan Ernie Zakri bakal memikul tugas besar dalam mendidik para protoge masing-masing untuk bergelar sebagai penghibur.
Kehadiran kelima-lima mentor berpengalaman berbekalkan skop seni yang boleh dibanggakan pasti dinantikan penonton.
Terdahulu, uji bakat telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah (3 dan 4 Ogos) dan Shah Alam (24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September) dengan kehadiran ramai bakat muda yang mampu menjadi pelapis seni suara lokal.
Hampir 1400 peserta telah hadir ke uji bakat, namun hanya 20 peserta sahaja yang dipilih untuk ke peringkat seterusnya sebelum para mentor memilih dua orang protege setiap seorang.
Tidak lengkap Mentor Milenia musim ini tanpa pihak juri dan sistem pemarkahan bagi setiap persembahan para protege.
Juri profesional pada musim ini ialah Altimet dan Datuk Syafinaz.
Sementara itu, pemarkahan para protege pada musim ini turut dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri dan 40% undian awam.
Undian atas taluan pula boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia.
Juara Mentor Milenia tahun ini bakal menerima menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019.
Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3.
Saksikan Mentor Milenia yang bakal dihoskan Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM).
Mentor Milenia musim terbaru ini bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.
Hadir berpakaian sedondon rona merah pada majlis pernikahan penyanyi Aiman Tino, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya mengakui hatinya kini sudah dimiliki seseorang.
Walau bagaimanapun, Sufian, 31, enggan terlalu mendedahkan identiti wanita berusia 23 tahun itu kerana bimbang perkara itu akan membuatkan kekasihnya berasa tidak selesa.
“Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi.
“Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.
Pelakon, Fasha Sandha sering berkongsi video serta foto masakan pelbagai hidangan buat yang tersayang.
Terbaru, menerusi entri terkini pelakon 35 tahun itu di Instagram, dia dilihat ada menyediakan menu Nasi Goreng Kampung buat suami tercinta, Aidil Aziz.
Menurutnya, masakan kampung merupakan menu kegemaran suami.
“Kegemaran Encik Suami, Dia kata Sedapnya sayang, Macam masakan orang kampung. Eh, memang isteri u orang kampung, jawapan I.
“Hanya Nasi goreng Dan doa mengiringi suami Dan team MASC @masc2012 Malaysia ke Singapore untuk Perlawanan bola Sepak Di Singapore Malaysia Celebrity Cup 2019.
“Faktor kesihatan tak mengizinkan. Tak dapat nak join sayang. Good luck semua. #kisahsubuhtadi #taksempurnabyfashasandha@itsaidilaziz,” tulisnya yang telah berkahwin bersama Aidil pada 30 Mac lalu.
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.