
Pelakon Emma Maembong menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang merasai pengalaman bergelar ibu.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, menjelaskan, saat ini merupakan satu memori serta pengalaman sangat berharga buat dirinya.
“All i want to say is, i love both of you so much. Thank you Allah for this memorable and precious experience which i would cherish for the rest of my life @eslovestory @shazli.a.
“8/11/20 alhamdulillah emma gave birth to a healthy baby boy weighing at 3.2kg hospital @hospitalumra at 2.38am normal labour,” tulisnya pada satu pautan video yang kini sudah pun ditonton lebih 600,000 kali itu.
Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.
Suaminya menerusi Instagram sebelum ini ada mendedahkan isterinya itu sudah pun selamat bersalin anak lelaki.
Foto: Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Dedikasi Hari Jadi, Tapi Enot Bikin Netizen Sebak Bila Luah Kerinduan Pada Ibu Yang Sudah Mengadap Ilahi

Hari ini genap usia pelakon komedi Aliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 40 tahun.
Justeru, Enot telah berkongsi sekeping foto beserta kapsyen yang agak menyentuh hati menerusi Instagram.
“Assalamualaikum Alhamdulillah . Hari ni 03 December 2018 genap usia sy 40thn,bersyukur pd Allah krn masih diberi peluang bernafas diatas dunia ini..semoga tahun ini Allah tambahkan rezeki sy berlipat kali ganda,tambahkan kebahagiaan & kejayaan hdp pd sy.. Semoga apa yg saya hajatkan akan termakbul,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by ENOT (@enot_78) on
Malah, ingatan pelakon ini terhadap arwah ibunya yang mengundang rasa sebak.
“Al-Fatihah kpd mak yg tlh melahirkan sy di dunia ini..tq Mak adik rindu mak sangt2 semoga mak ditempatkan dikalangn org2 beriman.. ingatan adik kat mak x pernah hilang..adik syg mak dunia dan akhirat,” tulisnya.
Lalu, netizen telah memberi ucapan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan pelawak dan usahawan itu.
Enot sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila dia dikatakan menghidapi sakit kanser usus tahap dua pada tahun 2014.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Ini 10 Selebriti Kita Saat Melangkah Di Karpet Merah FFM30, Siapa Paling Wow?

Bertemakan ‘Inspirasi Sinemaku’, majlis berprestij Filem Festival Malaysia (FFM30) yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi telah berlangsung dengan jayanya.
Sekali gus, barisan selebriti tampil cantik dan kacak di majlis red carpet.
Berikut adalah senarai gambar selebriti yang mengenakan busana ekslusif dari pereka fesyen tempatan.
1.Nur Fazura. Rekaan Rizman Ruzaini
2.Maya Karin. Rekaan Yuleza
View this post on InstagramA post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
3.Mira Filzah.Rekaan Aina Hariz
4.Zizan Razak. Rekaan Meg & Wak
5.Adibah Noor. Rekaan Ezuwan Ismail & Calvin Thoo
6.Hafeez Mikail.
7.Remy Ishak.
8.Ashraf Muslim.
9.Fathia Latiff.
10. Puan Sri Tiara Jacquelina.
Jadi, yang mana satu menjadi pilihan korang?
Foto: Instagram Selebriti, Official FFM30
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu pelakon Zulkifli Ismail Meninggal Dunia

Ibu kepada pelakon Zulkifli Ismail, Hajah Mariam Saad telah pun pergi menghadap Illahi kira-kira jam 4.00 Ahad.
Berita tersebut dimaklumkan aktor berkenaan menerusi hantaran terkininya di Instagram.
Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pada usia 80 tahun.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak saya Hajah Mariam binti Saad atau lebih dikenali sebagai Che Basah telah kembali ke rahmatullah.
“Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Rompin, Pahang pukul 4.00 petang tadi. Allahyarhamah berusia 80 tahun.
“Sama-samalah kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menempatkan rohnya bersama-sama roh orang beriman,” titip Zulkifli.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan artis menulis kata-kata semangat seterusnya menitipkan ucapan takziah buat Zulkifli seisi keluarga.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan roh mereka yang beriman, al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI