Penyanyi dan ahli politik popular Indonesia, Krisdayanti mengucap rasa syukur setelah anak dan menantunya bersedia untuk mengumumkan yang mereka sedang meniti hari menanti kelahiran anak pertama setelah mengalami keguguran pada pertengahan Mei tahun ini.
Krisdayanti bersama anak sulungnya. Aurel Hermansyah.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, “Masya Allah Tabarakkallah. Sekarang mereka sudah bersedia untuk mengumumkan betapa bertuahnya mereka kerana terpilih untuk bergelar ibu dan bapa. Terima kasih atas hujan berkat dari-Mu Ya Rabb. Untuk kesemua anak-anakku tanpa terkecuali Aurel, Atta, Jiel, Amora dan Kellen, semua bersar dan hebat. Alhamdulillah, terima kasih mama dan mae kerana mendoa dan melengkapkan ku sebagai ibu yang akan segera menjadi seperti mama dan mae.”
Hantaran ini juga disertakan dengan tanda pagar “wannabe grandma” menandakan keterujaannya yang bakal bergelar seorang nenek tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan pembaca, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar mengikat tali pernikahan pada 3 April tahun ini dan pada 13 Mei, Aurel yang baharu diketahui mengandung mengalami keguguran yang teruk sehinggakan dia perlu terlantar di atas katil.
Aurel dan Atta pasangan muda yang bahagia.
Namun rezeki Allah SWT itu benar, setelah lebih tiga bulan menyorokkan hal ini biarpun digasak pertanyaan dari para wartawan dan warganet, akhirnya pasangan muda ini bersedia untuk berkongsi khabar gembira ini kepada umum menerusi hantaran di Instagram yang menunjukkan video pengimejan ultrasound kandungan Aurel.
Ads
“Anakku Alhamdulillah, Allahuakbar sihat dan kuat ya anakku. Papa dan mama akan menjagamu sekuat kami. Setelah tiga bulan lebih merahsiakan dengan banyak media dan infotainment yang terus bertanya dan berita yang semakin tersebar. Doakan yang terbaik sahaja untuk keluarga kecilku.,” ucap Atta memohon semua mendoakan yang terbaik kepada keluarganya.
Hos dan usahawan terkenal, Neelofa ada memuat naik sekeping foto kandid bersama Profesor Dr Muhaya Mohamad yang diundang sebagai tetamu menerusi program bual bicara, Next To Neelofa.
Episod tersebut bakal bersiaran malam ini, jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Bagaimanapun apa yang menarik, foto yang dirakam menampakkan keduanya ibarat berkongsi sesuatu yang emosional sehingga Neelofa dilihat mengesatkan air matanya.
“Apabila anda melihat air mata saya jatuh ke pipi, anda sudah tahu ia akan menjadi satu episod yang menyentuh hati. Ikuti saya dan Prof Muhaya malam ini,” tulis Lofa menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian yang kini sudah pun mendapat hampir 100,000 tanda suka itu, para peminat dan selebriti memberikan reaksi mereka sambil tidak sama untuk menonton episod berkenaan.
Figura kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga turut memuat naik foto mereka berdua di Insta Stories.
Ikuti beberapa sedutan episod ini menerusi beberapa posting yang dimuat naik di akaun IG Next To Neelofa;
“Bila suami jemur kain, syukur sangat-sangat sebab membantu.
“Tapi bunga rosaklah,” tulisnya.
Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan Shuib bukan sahaja menjemur kain di ampaian, malah dia turut meletak pakaian tersebut di atas pokok-pokok bunga kepunyaan Sarah di balkoni rumahnya.
Entri berkenaan ternyata menarik perhatian umum selepas meraih lebih 300,000 tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah pasangat tersebut malah turut memuji Shuib yang ringan tulang membantu isterinya itu melakukan kerja rumah.
Sumber: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi detik bahagia mengenakan busana pengantin di Instagram, pelakon Risteena meluahkan kata-kata cinta kepada kekasih hati yang disifatkan sebagai insan istimewa yang cukup memahami dirinya.
Jelas kakak kepada Ruhainies ini, meski usia perkenalan begitu singkat, namun dia sama sekali tidak pernah menyangka lelaki ini cukup sempurna.
“Done fitting. Counting days. Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya.
“Kisah cinta saya bermula ketika saya berjumpa dengan seseorang yang terlalu menyintai saya. Di awal perkenalan kami tidak banyak bercakap. Saya tak pernah sangka akan ada seseorang yang akan menyintai saya sebanyak ini.
“Disaat saya menghadapi saat sukar dalam hidup, dia sentiasa ada. Dia seorang yang akan buat apa sahaja untuk happykan saya, setiap permintaan saya, dia cuba tunaikan. Tak pernah merungut. Sentiasa melayan karenah saya.
“Dia seorang yang akan tahu bila saya okay dan bila saya tak okay. Dia tahu apa yang saya suka, apa yang saya tak suka.
“Terlalu cepat dia mengenali saya. Semakin hari dia cuba untuk lebih mengenali saya,” tulisnya.
Jelas wanita berusia 29 tahun ini lagi, di dia juga sangat bertanggungjawab dan bijak mengambil hati keluarga.
“Walaupun pada awal perkenalan kami tidak banyak bercakap tetapi sekarang tidak ada sehari pun kami tak berjumpa. Walaupun habis shooting lewat, sekejap pun dia akan datang untuk jumpa saya.
“We can’t go a day without seeing each other. Benda yang boleh buat dia sedih, bila dia terpaksa jauh dengan saya. How sweet!
“Masa saya accident, dia orang pertama yang sampai walaupun 3 pagi. Masa saya sakit, dia orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia jaga family saya. Dia seseorang yang selalu ambil berat pasal family saya, itu buatkan saya jatuh hati,” kongsinya lagi.
Mematrikan lagu Cinta Luar Biasa sebagai kisah perjalanan cinta mereka, jelasnya, dia kini bersedia untuk menjalani hidup bersama.
“Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati.
“Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila.
“Lagu Cinta Luar Biasa akan sentiasa jadi lagu kita. Kerana cinta kita luar biasa. Ini merupakan langkah pertama untuk langkah yang berikutnya. Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah,kita mulakan dengan bismillah. To be continued,” jelasnya panjang lebar.
Dalam pada itu, menjengah ke Instagram Isa Khan, lelaki yang dikaitkan dengannya turut berkongsi sekeping video disulami lagu yang sama, Cinta Luar Biasa.