Bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyanyi nombor satu negara hari ni, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Astro Awani menitipkan ucapan terima kasih atas ucapan serta penghargaan yang didedikasikan kepadanya dari peminat dan rakan selebriti.
Siti menerusi sepotong video turut mengharapkan dia berpeluang untuk terus berbakti kepada masyarakat, peminat dan negara.
“Alhamdulillah semakin meningkat usia 40 saya harap boleh terus berbakti kepada masyarakat, peminat dan negara.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan artis, peminat yang mengenali mengayangi dan mengikuti saya yang telah buat ucapan. Ia sangat bermakna. Hanya Allah yang dapat membalas doa yang baik anda,” katanya.
Ads
Pada masa sama, penghibur nombor satu ini turut merakamkan ucapan terima kasih atas momen indah sepanjang bergelar anak seni.
“Terima kasih atas momen yang sangat indah sepanjang saya bergelar Siti Nurhaliza, artis yang anda kenal. Saya sayangkan anda semua,” kongsinya sambil berterima kasih kepada Astro Awani atas peluang dedikasi hari jadi yang diberikan.
Ads
Terdahulu, tanda palang #SitiGolden40th rancak digunakan peminat menerusi media sosial sebagai simbolik penghargaan buat penyanyi nan satu itu.
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tuduhan seorang individu yang mendakwa pendakwah muda, Da’i Syed telah memperkosa seorang gadis.
Lantaran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail kerana menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah.
Perkara tersebut mendapat perhatian ramai pihak termasuk bapanya sendiri, Seif Jamalullail yang difahamkan ketika ini sedang menetap di Cairo, Mesir.
Luah Sief Jamalullail, dia sedar mengenai perkara tersebut dan segala didikan telah diberikannya kepada Da’i Syed.
“Assalamualaikum wbt. Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral.
“Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yg bertanya.
“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.
“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yg benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat.
“Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Syed Jamalullail menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Seif Jamalullail turut mendedahkan isu seperti ini bukanlah baru malah turut menyifat dia sekeluarga penat untuk berhadapan dengan perkara sedemikian.
“Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita.
“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak. Kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.
“Bagi mereka-mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
“Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut,” kongsinya lagi.
Sementara itu, sebagai peringatan, Seif Jamalullail turut memberikan teguran terbuka buat anaknya itu.
“Peringatan terbuka kepada Dai Syed : ‘Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis.
‘Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.’
“Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati,” akhirnya.
Sumber: Facebook Seif Jamalullail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang kini berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori fizikal berharap permohonannnya untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)di sekitar Kuala Lumpur menjadi kenyataan.
Zaiton, 66, yang popular dengan lagu Menaruh Harapan menerima Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, mengaku tidak mampu untuk menyewa rumah lagi.
“Saya kini menyewa di Ampang dan terikat dengan bayaran RM800 sebulan. Bagaimanapun, saya sering lewat melunaskan bayaran kerana masalah kewangan.
“Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, selain tawaran menyanyi yang semakin berkurangan. Sebelum ini, saya pernah memohon bantuan perumahan PPR, tetapi ditolak atas alasan tiada pendapatan tetap. Alhamdulillah, status OKU ini melayakkan saya untuk mendapat bantuan tersebut,” katanya.
Zaiton ditemui media sejurus penyerahan kad OKU yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan,Che Samsuzuki Che Noh, pada Isnin.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun dan Pengurus Besar Wilayahku, Azlan Abd. Aziz.
Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami trauma kecederaan otak oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990.
Anaknya, Azirwan Abu Bakar bagaimanapun, terkorban dalam nahas tersebut.
Penyanyi itu juga memaklumkan, status tersebut memudahkannya untuk menjalani kehidupan yang selama ini serba kekurangan kerana tiada tempat bergantung.
“Saya tidak punya siapa-siapa dan hanya bergantung harap kepada anak angkat, Che Sikah Ismail yang menggalas tanggungjawab menjaga saya.
“Lega dengan pemberian status ini kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang saya tanggung selama ini,” katanya.
Sementara itu, Che Samsuzuki memaklumkan, pemberian status tersebut berdasarkan pengesahan pihak hospital tentang keadaan penyanyi itu selepas pemeriksaan kesihatan dibuat.
“Pihak hospital mengesahkan, Zaiton layak menerima status tersebut selepas pemeriksaan kesihatan ke atasnya dilakukan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...