Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit berkongsi berita mendukacitakan apabila bapanya, Damit Osiri telah pun meninggal dunia sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman keluarga di Sabah pada usia 72 tahun.
Ayu memaklumkan perkara tersebut menerusi satu posting terkini di Instagram.
“ASSALAMUALAIKUM…DUKACITANYA AYU MAKLUMKAN BAHAWA BAPA AYU, DAMIT BIN OSIRI TELAH MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI DI RUMAH.
“Terima kasih pda semua yang selama ini mendoakan bapa ayu. Pada hari JUMAAT yang mulia ini bapa telah pergi buat selamanya.
“Semoga bapa ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman….amin,” tulisnya.
Ayu pada masa sama turut menitipkan dedikasi buat arwah bapa tercinta.
“TERIMA KASIH atas segala jasamu bapa yang selama ini memelihara dan menyanyangi ku dari kecil hingga kesaat terakhir mu.
“Ayu berharap suatu hari kita akan berjumpa d syurga nnt…amin ya rabbal alamin,” tulisnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan bapa penyanyi berkenaan pernah dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri.
Allahyarham menghidap penyakit kanser otak tahap empat dan dimaklumkan ia sudah merebak ke bahagian paru-paru.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Yang Saya Nak Saman Tu, Mungkin Tiada Duit Pun Nak Bayar…,”- Fatin Afeefa Tak Mahu Susahkan Diri Turun Naik Mahkamah
Pelakon, Fatin Afeefa menjelaskan ada sebab tersendiri mengapa mengambil pendirian untuk diam setiap kali terpalit dengan tomahan atau fitnah melibatkan dirinya di media sosial.
Menurut Fatin, dia lebih selesa memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi berbanding berkongsi kisah hidupnya bersama orang luar.
“Pada saya, tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun mengenai hidup saya, khasnya hal peribadi. Lagi pun, itu sahaja privasi yang saya ada ketika. Hanya itu yang boleh saya simpan.
“Kalau saya keluar pun, ‘life’ saya seolah-olah sudah tiada privasi lagi. Kadang-kadang ketika saya tengah makan pun ada orang ambil gambar dan sebagainya. Kalau ikutkan saya tak suka pun untuk keluar.
“Most of the time saya hanya ada dekat rumah sahaja. Bagaimanapun, saya perasan bila kurang berkongsi mengenai kehidupan peribadi, saya lebih gembira sebenarnya.
“Jadi, orang tak boleh nak mengata benda yang mereka tak tahu. I learn it hard way dan biarlah orang nak kata apa sekali pun.
“Kalau orang nak kata satu campur satu bersamaan dengan lima sekalipun, saya akan okay sahaja. Enjoy!,” katanya jujur.
Pelakon drama The Gadis itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Havaianas Flagship Store di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia tidak bercadang untuk membawa segala dakwaan melampau yang diterima ke muka pengadilan.
Ini kerana bagi Fatin, perkara seperti ini hanya akan menyulitkan dirinya di kemudian hari.
“Entahlah saya tak pasti… sebab pada saya what comes around goes around. Jadi, apa yang mereka cakap atau sakitkan hati saya misalnya, satu hari nanti akan berbalik juga pada mereka.
“Jadi, saya tak perlu nak penat-penatkan diri untuk naik turun mahkamah. Malah kena keluar duit lagi. Nak buka kes je dah RM5,000 rasanya.
“Bukan nak jadi kurang ajar, akan tapi kebanyakan orang yang saya nak saman tu, kemungkinan tiada duit nak bayar. So, itu dah membazir waktu dan saya jadi banyak kerja pula.
“Jadi, lebih baik saya ‘lantak je’ mereka nak kata apa sekali pun. Nanti penat, mereka diam sajalah,” jelasnya.
Fatin juga akui tidak akan memadam reaksi atau kritikan melampau netizen di media sosial miliknya.
“Saya tidak akan padam sebab selalunya saya akan sekat sahaja akaun tersebut. Sayatak mahu ada aura negatif. Bukan kerana takut,tapi kenapa pula saya perlu melayan karenah mereka yang entah apa-apa?
“Kalau anda rasa tak suka, mudah sahaja. Jangan jadi psiko, hanya ‘block’ saja saya. Jangan tengok dan jangan komen apa-apa pun,” akhirinya.
Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia.
Keduanya mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira empat tahun lalu.
Terdahulu, Fatin kini merupakan duta rasmi bagi jenama selipar flip flop ikonik Brazil, Havaianas bersama Nelydia Senrose.
Havaianas Flagship Store kini sudah mula dibuka bertempat di aras 5, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin Bulan Ini, Sasha Saidin Hitung Hari Bergelar Isteri
Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin pernah mendedahkan sebelum ini, dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah awal tahun ini secara sederhana sahaja.
Bagaimanapun, atas dedikasi dan penghargaan rakan seindustri, ibu tunggal ini terharu apabila ada pihak yang sudi membantu apabila berita mengenainya mulai diperkatakan.
Sasha, 41, menjelaskan, pada peringkat awal dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah di Pejabat Agama Islam dengan dihadiri keluarga belah pihak sahaja.
“InsyaAllah majlis perkahwinan saya akan dilangsungkan dalam suasana yang sederhana sahaja. Memandang ini bukanlah perkahwinan pertama saya dan bakal suami. Memang niatnya nak buat sederhana sahaja.
“Sekadar hanya nak langsungkan di Pejabat Agama saja sebab abang saya pernah buat sedemikian. Bagi saya yang penting adalah nikah dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
“Sudah tentu kemudiannya saya akan kongsikan berita itu kepada semua andai ada majlis resepsi selepas itu. Akan tetapi bila berita itu keluar dan diketahui, ramai yang ucap tahniah dan sebagainya.
“Saya terharu dan menangis jugalah. Mungkin kerana ada yang sudah melihat saya bergelar ibu tunggal lebih lapan tahun lalu dan besarkan anaknya sendiri. Ramai yang mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, anggota kumpulan Elite ini juga sebolehnya berdoa agar segalanya berjalan lancar.
“Syukur, ada juga pihak yang sudi taja perkahwinan kami. Yang paling seronok, bila rakan-rakan lama yang pernah bekerjasama dengan saya dalam industri pun ada yang sudi tolong. Ia sesuatu yang sentimental bagi saya.
“Apabila semuanya hampir pasti nanti, baru saya lebih selesa untuk berkongsi dengan semua. Apapun, insyaAllah majlis serba ringkas seadanya sahaja.
“Sekarang ini semuanya masih dalam proses dan sebolehnya, saya mahu ia berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan,” jelas Sasha.
Ditanya mengenai kisah perkenalan di antara mereka, Sasha memberitahu dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mr. W itu sudah saling kenal sejak di bangku persekolahan.
“Betul-betul rapat tahun lalu, tetapi kami sudah saling kenal sejak zaman persekolahan dulu. Kami berbeza sekolah namun kenali dia menerusi rakan ketika itu.
“Dia kacukan Arab-Melayu,” akui Sasha yang turut memberitahu hanya akan mendedahkan wajah bakal suami menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.
Difahamkan, majlis pernikahannya akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Sasha Saidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Down Sebab Rasa Adakah Suara Saya Tak Sedap? Mama Kata Sedap, Takkan Dia Tipu?,” – Cik B Cerita Time Kena Kecam
Cik B yang juga anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida mengakui akan terus berusaha memperbaiki mutu nyanyiannya selepas ini.
Pernah menerima kritikan pada awal kemunculan kerana dikatakan tidak mampu melakukan ‘rap’ dengan baik ketika bersiaran secara langsung, Cik B atau nama sebenarnya Nor Edlynn Zamileen sebolehnya cuba menerima kritikan dengan hati terbuka.
“Masa tu saya akui kena kecam, tapi saya rasa rap saya sedap.
“Tak tahulah… ketika itu saya rasa ‘down’ kerana merasakan adakah suara saya tak sedap? Mama kata sedap, tak kanlah dia nak tipu?
“Cuma ketika itu saya ‘down’ sekejap saja dan insya-Allah saya akan buktikan boleh buat (rap) dengan lebih baik,” katanya kepada MH.
Ditanya apa reaksi ibunya apabila berdepan dengan situasi demikian, Cik B yang turut berjinak-jinak dalam lakonan mendedahkan, ibu memintanya untuk kuruskan badan.
“Cik B kuruskan badanlah baru nafas tu tak dengar sangat,” jelasnya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Cik B kini muncul dengan single raya berjudul Its Raya Baby yang turut menampilkan penyanyi, Chubb-E.
Muzik video lagu berkenaan sudah pun boleh ditonton di YouTube dan kini menjadi antara video trending dengan menerima lebih 200,000 tontonan sejak dilancarkan seminggu lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI