Antara yang mencuri tumpuan di dalam lampiran gambar yang dikongsi termasuk sebiji kek comel pemberian Fazura yang turut dihiasi bentuk patung yang dilakar iras Rizman.
Baru-baru ini, pelakon jelita Tiz Zaqyah ada berkongsi cerita menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
Kongsi Tiz atau nama sebenarnya telah memaklumkan bahawa akaun strim video ‘Netflix’ miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut Tiz, dia berjaya mendapatkan kembali akaun tersebut miliknya atas bantuan daripada pihak ‘Netflix’.
“Some asswipe “JEFFERSON” hacked into my Netflix account . Hey tw*t, i got it back. You’re definitely a fan of The Witcher, cant blame you.
“Well thanks @netflix for the exellent customer service. It took me just few minutes and i’m back!,” tulisnya.
Some asswipe “JEFFERSON” hacked into my Netflix account . Hey tw*t, i got it back. You’re definitely a fan of The Witcher, cant blame you. Well thanks @netflix for the exellent customer service. It took me just few minutes and i’m back! 🤘🏼 pic.twitter.com/VEMDfjMp2n
Bagi anda yang pernah menonton filem berjudul Mukhsin, sudah pasti mengenali pelakon Sharifah Aryana yang mendukung watak Orkid menerusi filem tersebut.
Menerusi laman media sosial Instagram, Aryana atau nama sebenarnya, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya
memaklumkan telah selamat melangsung majlis pernikahan bersama jejaka pilihan, Jad Hanif Jimmy, hari ini.
Dia yang juga adik kepada pelakon Sharifah Amani ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang meraikan hari bahagianya yang dilakukan secara maya.
“Alhamdulilah selesai sudah majlis akad nikah Jad Hanif bin Jimmy dan Sharifah Aryana binti Syed Zainal Rashid.
“Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online especially family Kuching! Insyaa-allah we balik soon.
“We couldn’t have done any of this without all of you yang support kita beli nasi lemak lah, tolong kita dengan sponsorship dan macam macam lagi. Thank you semua from the bottom of my heart I’m a wifey#YanaJad,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sharifah Amani juga menitipkan ucapan tahniah dan selamat menempuhi alam rumah tangga buat adiknya.
“Macam macam kena tempuh, usaha tak putus putus demi masa depan bersama. MasyaAllah akhirnya diizinkan jua. Syukur Alhamdulillah.
“Congratulations Baby @yana.alyahya and JaddyJad @jadhanif on your journey as husband and wife.
“May you both be blessed with much love, peace and joy sampai bila bila. Ani loves you both so much. I’m so proud to be your Ani,” tulisnya.
Foto: Instagram Sharifah Aryana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Disebalik kejelitaan yang sering dilihat di sosial media mahupun kaca televisyen, rupanya-rupanya pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mempunyai penyakit ‘autoimun’ yang sebenarnya telah lama disimpan.
Menurut Elizabeth, penyakit tersebut sebenarnya sudah dialaminya sejak usianya masih kecil yang menyebabkan kulitnya sering kali bermasalah.
Manakala alopecia atau
masalah keguguran rambut kritikal pula sememangnya telah meragut keyakinannya sejak tahun 2018.
“Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.
“Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopecia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.
“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepasa krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya.
Penyanyi lagu, Sudah itu ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Katanya lagi, antara sebab dia menyimpan perkara ini daripada pengetahuan orang ramai adalah kerana enggan meraih simpati
“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutamanya peminat.
“Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan. Penyakit ini tiada penawar dan boleh menyebabkan hilang bulu kening dan bulu mata.
“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini.
“Saya pun baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki.
“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopecia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Lizzy turut memberitahu, penyakit ini juga sedikit sebanyak menambahkan kegusarannya bagi menjalani proses kehamilan.
“Ia juga merisaukan saya sekiranya saya merancang untuk hamil. Saya takut ia juga akan memberi kesan terhadap sistem imun saya.
“Doktor juga tidak boleh mengesahkan mengenai perkara ini. Sama ada boleh terkena juga atau tidak. Saya juga bimbang genetik ini akan terkena kepada anak saya juga nanti.
“Suami pun kata dia akan tetap menyayangi saya kalau meskipun saya akan botak,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!