“Terima Kasih Buat Semua Yang Mendoakan…,” – Berumur 91 Tahun, Datuk Alif Satar Sudah Bebas Covid-19

Share

Pengacara dan penyanyi, Alif Satar memaklumkan datuknya, Mohamad Che Noh yang dijangkiti Covid-19 telah disahkan bebas daripada penyakit berkenaan.

Menerusi akaun Instagram, Alif memberitahu datuknya sudah dibenarkan pulang dan dikeluarkan dari Hospital Sungai Buloh, hari ini.

“That’s my Pak wan, 91 year old Covid-19 survivor in the car on his way home! ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT. ALLAH IS GREAT.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan  kesihatan Pak Wan haritu, semoga Allah swt membalas jasa baik anda semua!! p/s Alif masih di Melaka..,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan syukur kepada Alif.

Dalam perkembangan lain, Alif yang telah disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu memaklumkan masih menjalani rawatan di Hospital Besar Melaka.

Selain datuk, ibu dan bapa serta adik bongsu Alif juga turut dijangkiti Covid-19 dan kini masih menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Foto: Instagram Alif Satar

Published by
Nazar Rafiqhi