Tanggal 30 Mac merupakan tarikh yang sangat bermakna buat pasangan pelakon, Aidil Aziz dan juga Fasha Sandha.

Masakan tidak, tarikh keramat ini merupakan hari di mana mereka telah disatukan genap dua tahun yang lalu.

“Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya,” – Bahagia Harmoni Ulang Tahun Perkahwian Kedua, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Aidil dilihat ada menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Jelas Aidil, dia berasa sangat bersyukur telah dikurniakan isteri sebaik Fasha sebagai teman hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz)

“Happy Anniversary Isteri. 30 Mac 2019 – 30 Mac 2021. Terima kasih cinta untuk segalanya

Ads

“Semoga kita akan terus bahagia dan bersama sampai bila bila. Syukur Ya Allah, Kau berikan aku wanita yang bernama Fasha Sandha Bt Hassan sebagai peneman hidupku,” tulisnya.

Malah, pelakon drama, Seindah Tujuh Warna Pelangi ini turut berharapa agar perkahwinan mereka akan berkekalan sampai bila-bila.

“Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya,” – Bahagia Harmoni Ulang Tahun Perkahwian Kedua, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha “Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya,” – Bahagia Harmoni Ulang Tahun Perkahwian Kedua, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha

Dalam pada itu, Aidil turut memanjatkan doa agar keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Ads

“Berikanlah kami rezeki anak-anak yang soleh dan solehah, kesihatan yang baik serta kebahagiaan dunia akhirat.

“Terima kasih juga kepada keluarga mertua,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan doa semoga segala urusan Aidil sekeluarga akan dipermudahkan.

“Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya,” – Bahagia Harmoni Ulang Tahun Perkahwian Kedua, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha “Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya,” – Bahagia Harmoni Ulang Tahun Perkahwian Kedua, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha “Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya,” – Bahagia Harmoni Ulang Tahun Perkahwian Kedua, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha

Ads

Terdahulu, Aidil dan Fasha telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 2018 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Aisha Amaira yang lahir pada 7 Ogos tahun lalu.

“Terima Kasih Cinta Untuk Segalanya,” – Bahagia Harmoni Ulang Tahun Perkahwian Kedua, Aidil Aziz Titip Ucapan Istimewa Buat Fasha Sandha

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 8, dan Putri Raysha Jemyma, 7.

Sumber: Instagram Aidil Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI