Kita pernah dihiburkan dengan kumpulan pelawak Senario satu ketika dahulu yang pastinya tidak kering gusi dengan persembahan mereka yang sarat elemen humor.
Baru-baru ini, Hairul Azreen telah berkongsi video di Instagramnya apabila dia bersama salah seorang anggota kumpulan Senario, Lan PetPet.
Menariknya, Hairul sangat menghargai bakat lawak yang ada dalam diri Lan yang sentiasa menghiburkan itu.
“Dari dulu lagi kita di hiburkan dengan lawak Senario , saya takkan lupa saat itu,
terima kasih happykan kami.. rakyat ?? selama ini..
Malam tadi ride dgn @lanpetpet , best gila non stop gelak kami,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video tersebut melihatkan Lan ‘mengusik’ Hairul mengenai filem lakonannya, Paskal.
Lalu, netizen turut terhibur dengan lawak spontan Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad.
Tidak kurangnya, ada juga netizen yang merindui lawak jenaka kumpulan Senario yang pernah mewarnai industri hiburan satu ketika dahulu.
Dalam pada itu, Hairul dan Lan serta beberapa rakan yang lain telah meluangkan masa bersama melakukan aktiviti berbasikal pada waktu malam.
Untuk rekod, filem Paskal telah berjaya mengutip sebanyak RM10.2 juta hanya dalam masa 7 hari tayangan sahaja. Tahniah!