Penyanyi Ernie Zakri mencipta sukses tersendiri di Indonesia apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang tercalon pada acara SCTV Music Awards.
Pada acara itu, Ernie Zakri turut tercalon dalam tiga kategori menerusi gandingannya bersama pemuzik terkenal, Ade Govinda dalam lagu Masing Masing.
Kategori itu terdiri daripada Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop.
Ernie yang juga pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 berkata, dia bersyukur dan bangga kerana lagu Masing Masing diterima baik peminat di Indonesia.
“Saya sangat gembira kerana lagu saya sampai ke Indonesia. Sungguh menggembirakan melihatnya bergema dengan pendengar di sana.
“Terima kasih Indonesia, kerana menerima Masing-Masing dan menjadikannya melonjak di carta radio anda,” katanya.
Ads
Sementara itu bagi Ade Govinda, kolaborasi bersama Ernie satu pengalaman yang cukup manis dan hebat.
“Saya juga mewakili MyMusic Records sangat gembira mendengar khabar lagu karya saya berjudul Masing Masing yang dinyanyikan indah oleh Ernie Zakri berjaya menduduki tempat pertama di kebanyakan carta radio Indonesia dan Malaysia.
“Semoga kolaborasi ini boleh membawa penyanyi lain juga untuk bekerjasama antara dua negara dengan hasil yang membanggakan juga. Terima kasih pendengar Indonesia dan Malaysia yang sudah menikmati lagu Masing Masing,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan padu kepada Ernie Zakri.
“Universal Music Malaysia turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan pengiktirafan yang diperoleh melalui kerjasama ini dengan komposer terkenal Ade Govinda.
“Saya berasa gembira dan bangga kerana sekali lagi kolaborasi antara kemantapan vokal Ernie Zakri dengan sentuhan emas pencipta lagu terkenal Indonesia Ade Govinda membuahkan hasil yang memberangsangkan bukan sahaja di Malaysia tetapi merentasi sempadan dan sesuai dengan cita rasa pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
“Karya muzik ini mendaki carta dengan pantas di kedua-dua negara dan berjaya menawan hati pendengar. Kejayaan ini membuka peluang baharu untuk artis Malaysia dalam pasaran nusantara dan membuktikan kepentingan kerjasama rentas negara dalam industri muzik yang sentiasa berkembang,” katanya.
Ads
Perkara tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim.
Rosmin berkata, pihaknya bangga atas pencapaian cemerlang Ernie di sana.
“Kami amat berbangga kerana salah seorang artis Malaysia mencapai kejayaan cemerlang di Indonesia. Pencapaian terbaru ini membuktikan sekali lagi bahawa bakat Malaysia mempunyai apa yang diperlukan untuk menembusi pasaran muzik serantau dan global.
“RIM akan meneruskan usahanya untuk memupuk kerjasama yang saling menguntungkan antara bakat Malaysia dan Indonesia. Tahniah diucapkan kepada Ernie, Ade Govinda dan Universal Music Malaysia atas kejayaan manis ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fasha Sandha genap meningkat usia 39 tahun pada Selasa.
Sambutan ulang tahun juga telah dibuat sehari lebih awal iaitu pada malam Isnin bagi meraikan ulang tahun kelahiran aktres berkenaan bersama ahli keluarganya yang lain.
Suaminya, aktor Aidil Aziz tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta menerusi coretan yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Aidil, 36, mendoakan semua perkara yang baik-baik buat Fasha dalam menjalani kehidupannya.
“Selamat hari jadi kepada dia @fashasandha. InsyaAllah yang terbaik dari Allah untuk kehidupan dia di usia baru.
“Semoga dia terus dilindungi daripada segala bala bencana, agar kesihatan terus perkasa.
Untuk info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac 2019. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Aisya Amaira yang kini berusia tiga tahun.
Fasha turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, 9 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zila Bakarin berkongsi memori indah saat menjalani penggambaran drama bersiri, Hatimu Sedingin Salju bersama rakan pelakon hebat seperti Datin Maria Farida dan Khaty Azian.
Kongsi Zila, dia berasa seronok dan gembira sepanjang penggambaran rakaman drama arahan Bahri Uma Bajuri itu dijalankan.
Malah, Zila turut mendedah akan keperibadian Maria yang dilihat sebagai wanita yang lemah lembut dan Khaty pula sebagai pelakon yang periang.
“Scroll punya scroll sambil lepak, nmpk pic ni. Terus flashback. Inilah kejadiannya di sebalik citer #hatimusedinginsalju. Tak pernah yg serious masing2, baik tua, muda sama perangai. Tapi itulah kami anak2 seni, sentiasa menjadi family di set shtg. Cuma antara kami je.
“Serious kita rindu sgt kakak2 kita dorg ni, @mariafarida yg lembut orgnye. Baik baik je bila berckp, aku sayang dia. @khatyazian kakak kita yg ceria je. Dia ni urat sedih dia dah putus, suka menyanyi. Penghibur kami kat set. i luv u kak,” tulisnya.
Pada masa sama, Zila turut ada bercerita mengenai pengalaman berlakon dengan Aprena Manrose. Jelas Zila, Aprena sangat baik.
“@mrsaprenamanrose my anakku. Sepanjang aku berlakun, dia satu2nye yg menjadi anak kita. Tak pernah nak menyusahkan org. Tiap kali ade sc peluk dia, kita rasa betul2 dia cam anak kita. Baik sgt budak ni…u sgt2 yank.
“Ok.. so dah lepak2 kat umah, jgn lupa tgk.. #hatimusedinginsalju #maghribdulu baru smbg tgk,” tulisnya lagi.
Selain mereka, drama Hatimu Sedingin Salju yang disiarkan di slot Akasia TV3 turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Hafeez Mikhail, Bella Dowanna dan Fadlan Hazim.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Zila Bakarin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman yang telah sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal, pada Jumaat memberikan reaksi terhadap persembahan penyanyi Aina Abdul pada majlis resepsinya.
Respon berkenaan sebagai mengulas pendapat pengguna aplikasi X yang menjelaskan lagu I Will Always Love You (Whitney Houston) tidak sesuai untuk dibawa dalam majlis perkahwinan kerana ia mengisahkan mengenai perpisahan.
Menurut Tyra, ia adalah lagu kegemaran suaminya meski akui dia tidak meminta lagu tersebut untuk dipersembahkan.
“Eh relax la. Kita tak request pun lagu tu but it was nice to hear Whitney Houston sang by the Aina Abdul. Its also Emran’s favourite song from Whitney.
“No one really paid attention to the meaning of the song, everyone was overwhelmed by Aina’a beautiful voice and its a song that eveyone knows. Its really not that deep,” jelasnya.
Tyra menulis respon terbabit menerusi salah satu status di Insta Stories, pada Ahad.
Malah secara seloroh, dia juga apa impian untuk mainkan lagu berbeza pada majlis raja seharinya.”
“Kalau ikut i, i nak lagu Everyday I’m Shuffling tau dekat wedding i. Wedding i, suka hati i la nak lagu apa. Nak Bey Soba Bey pun boleh,” luahnya lagi.
Terdahulu, Tyra atau nama sebenarnya, Athirah Kamaruzzaman diijab kabulkan bersama Emran dengan sekali lafaz.
Pada majlis itu, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 dan dulang hantaran lima berbalas tujuh.
Untuk rekod, Tyra dan Emran berkahwin selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini