Tahniah diucapkan buat pelakon, Fasha Sandha yang telah selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.
Berita tersebut dikongsi suaminya, pelakon Aidil Aziz menerusi Instagram.
Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang itu turut mendedahkan keadaan terkini Fasha dan anak yang baru lahir.
“0 7 – 0 8 – 2 0 2 0. Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat.Syukur Ya Allah.
“Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/CDk3S7ppw7y/?igshid=1epdc4aojon7b
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sempat Menutup Aurat, Tapi Sempat…,”- Sharifah Sakinah Perjelas Sebab Tutup Komen Di IG
Terdahulu, pelakon yang sering menjadi kontroversi Sharifah Sakinah telah menutup ruang komen di Instagram sempena menyambut bulan ramadan.
Lantas, tindakan pelakon yang terkenal dengan drama Girlfriend Dari Neraka itu telah menjadi tanda tanya peminat.
Lalu, Sakinah telah memberi penjelasan mengenai perkara tersebut menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.
“Hi semua lupa nak wishkan dekat korang selamat menyambut ramadan lepas tu the reason why I turn off the comment sebab Sakinah tak nak baca my komen takut terpengaruh pulak.
“So for this ramadan mungkin tak sempat lagi menutup aurat, tapi sempat menutup komen di Instagram, Bubye!,” maklum Sakinah.
Menurut pelakon yang berusia 29 tahun itu, dia telah menutup ruangan komen tersebut kerana tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata yang negatif dari netizen bagi menghormati bulan ramadan.
Alahai, macam-macam lah gelagat kelakar Sakinah, apa-apa pun kata Sakinah memang ‘win’ habis!
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Sakinah sebelum ini memang sinonim dengan pendekatan yang berterus terang dan sinikal menerusi beberapa postingnya di platform berkenaan.
Video : Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkejut Diaju Soalan Kahwin Sampai Kena Maki & Terima Gambar Pisau, Didi Astillah Bakal Ambil Tindakan – “Saya Tak Kenal Dan Tak Tahu Apa Motif Dia.”
Pelakon dan penyanyi Didi Astillah mendedahkan dia ada menerima mesej berbaur ugutan yang dikirimkan oleh seorang individu tidak dikenali di Instagram.
Didi atau nama sebenar, Dayang Nazilah Awang Astillah turut terkejut apabila terbaca teks yang dihantar dengan menggunakan kata-kata kesat.
Lebih mengejutkan, individu berkenaan turut mengirimkan foto sebilah pisau sambil memarahinya tanpa sebab.
Didi ada memuat naik tangkap layar teks yang diterimanya di Instagram, pada Isnin.
“Astaghfirullahalazim.. terkejut bila nampak DM ni. Dengan kata2 kesat & ugut saya macam ni, tolong Jangan fikir saya tak boleh ambil tindakan dan awak suka2 je bagi saya kata2 macam ni,” tulis Didi pada ruangan kapsyen.
Wanita berkenaan meminta penjelasan Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aziz.
Menerusi pautan yang dimuat naik itu, Didi yang tidak membalas mesej berkenaan seolah-olah membuatkan pengirim berkenaan terus menghantar teks sehingga mula mengeluarkan kata-kata kesat.
“Macam yang korang nampak di Instagram, tentang saya menerima satu DM daripada seorang perempuan yang marah-marah, maki, bagi kata kesat, dia ugut, dia hantar gambar pisau.
“Jadi pada yang tanya… sejujurnya saya tak kenal dan tak tahu apa motif dia. Tak tahu kenapa dia marah sangat,” kata adik kepada Bella Astillah ini menerusi video di Insta Story.
Dia pada masa sama turut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas mesej yang diterima.
“Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set, tak habis shoot lagi. InsyaAllah lepas ni akan buat laporan, saya sendiri ada gambar muka dia daripada sosial media,” katanya lagi.
Meninjau ke ruangan komen pada posting tersebut, rakan artis dan peminat turut sama memberikan reaksi terhadap apa yang dikongsi bintang berusia 25 tahun itu.
Foto: Instagram Didi Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Ada Benda Melekat Tu,”- Selfie Bersama Pengantin, Gigi YB Syed Saddiq Pula Pancing Perhatian. Apa Kes?
Tujuannya adalah untuk bergambar bersama ‘raja sehari’ sebagai tanda kenangan, namun lain pula jadinya.
Itulah yang berlaku apabila netizen mulai meneka dan bertanya pada YB Syed Saddiq, yang berkongsi gambar bersama pelakon Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang meraikan majlis perkahwinan mereka, semalam.
Kisahnya, netizen ‘lebih gemar’ beri fokus pada bahagian gigi Syed yang dianggap mempunyai ‘sesuatu’.
View this post on InstagramCongrats brother. May Allah bless the 2 of you always.
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Foto tersebut telah menjadi persoalan netizen apabila ada yang mulai menganggap bahawa ada sisa makanan pada gigi Menteri Belia & Sukan itu.
Terdahulu, pemimpin muda itu hadir pada majlis resepsi pelakon Nadiyah Shahab dan suami, aktor Ben Ali yang diadakan di Damansara Perdana, malam tadi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI