Acey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir bin Hamzah ada menitipkan dedikasi serta penghargaan terhadap isteri tersayang, Nor Hasanah Yahaya atau sinonim dipanggil Anne atas apa yang berlaku sepanjang minggu ini.
Isnin lalu, salah seorang anggota Bocey yang turut dianggotai Achey iaitu Abam telah pergi mengadap Illahi di kediamannya di Gombak dipercayai akibat demam panas.
Bagai memahami situasi yang dihadapi, Achey menyatakan rasa terima kasih buat suri hatinya itu yang dilihat memberi ruang untuk dirinya atas pemergian seorang yang bergelar sahabat.
“Tq isteri ku… tugasmu agak berat dalam minggu ini jaga anak,drive, dan persiapan semua di selesaikan dengan baik hanya untuk beri ruang aku melepiaskan rindu dan sedih sepuasnya pada sahabat buat seketika.
Ads
“Inshallah kembali dengan perjuangan yang baru #kitabaikramaisayang #bocey,” tulisnya.
Menerusi entri yang dikongsi itu menunjukkan isterinya itu sedang memangku anak mereka, Tiara Zinnirah di pusara Allahyarham Abam.
Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.
Ia merupakan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama Siti Norhidayah pada Disember 2017, al-Fatihah.
Foto: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya cubalah tapi tidak mendapat apa-apa reaksi,” itu kata pelakon dan penyanyi, Ning Baizura apabila ditanya sama ada dia cuba menghubungi Datin Paduka Marina Mahathir bagi mendapatkan pandangan sebelum mendukung watak sebagai aktivis sosial itu menerusi filem Mahathir The Journey.
Malah akuinya lagi, dia turut cuba menghubungi Marina menerusi platform media sosial selain cuba berusan menerusi panggilan telefon.
“Saya hubunginya di Twitter dan telefon tapi tak dapat reaksilah.
“Sebagai pelakon yang melakonkan watak yang bukan fiskyen, seorang yang masih lagi hidup…Saya cuba hubungi tapi saya tak mendapat respon yang positif.
“Tidak mengapalah, saya lakukan kajian sendiri selain cuba dalami karektornya menerusi medium lain,” katanya Ning yang turut menyifatkan apa yang ditulis Marina menerusi media sosialnya adalah pandangannya sendiri dan menghormatinya.
Bintang yang sinonim menerusi lakonannya dalam Malaikat Di Jendela itu bagaimanapun turut menyifatkan filem ini mengangkat kisah perdana Menteri yang dikagumi semua orang dan Marina adalah sebahagian dalam keluarganya.
Ditanya apakah yang menarik perhatiannya untuk terlibat di dalam filem berskala besar ini setelah lama tidak muncul di layar perak, Ning menjelaskan kelainan watak yang diberikan memberi peluang buatnya untuk mencabar diri, cuba sesuatu yang baru.
“Kebanyakan yang terlibat dalam filem ini pun ‘otai’, jadi ada juga yang saya belajar dengan mereka. Pada masa sama, saya ada belajar lenggok badan serta gaya Marina menerusi YouTube juga.
“Masa tahu saya dapat watak Marina, saya terus cuba buat kajian sekitar tiga bulan jugalah sebab pada awalnya tidak percaya dapat pegang watak individu yang dikenali dan masih lagi hidup.
“Watak ini yang menarik perhatian kerana rasanya sudah lama saya tak berlakon filem selain cabarannya yang berbeza dari apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Meski pada awalnya saya sangka ini adalah filem yang berunsurkan politik semata, tetapi bila pengarahnya, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dedah beberapa kali skripnya diubah suai dan dikemas kini, bila bacanya balik ia menarik perhatian saya.
“Ia bukan ‘Ning Baizura’ langsung. Jadi itu pun sudah jadi satu cabaran. Anak kepada Tun M. Dalam filem ini dia agak tegas. Ketegasan itu ialah apabila dia cuba untuk tegakkan keadilan keluarga. Dia kalau boleh mahu bapanya buat sesuatu dengan lebih baik.
“Itu tugas saya untuk watak tersebut dalam filem ini. Dia yang bantu dari segi skrip, ceramah bapanya. Ada elemen dramanya di situ,” jelasnyalagi.
Terdahulu, Ning ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Hotel tersebut turut melakar memori tersendiri apabila ia menjadi lokasi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengadakan sidang media tergempar semasa malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 10 Mei 2018 lalu.
Filem Mahathir The Journey mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Selain Ning Baizura membawakan watak Datin Paduka Marina Mahathir, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).
Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan ini menelan belanja sekitar RM6 juta dan dijangka akan ditayangkan pada Julai depan.
Difahamkan sekitar November tahun lalu, anak sulung kepada perdana menteri itu tampil menyatakan bahawa dia dan anggota keluarga yang lain tidak mengetahui mengenai filem Mahathir The Journey.
Menerusi laman Twitter, Marina turut berkata dia hanya mengetahui kewujudan wataknya dalam filem itu melalui media.
Bagaimanapun, penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd iaitu Yusuf Kelana berkata projek filem itu akan tetap diteruskan meskipun tidak menerima persetujuan daripada mana-mana watak terlibat.
Ini kerana pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) setelah skrip filem ini melalui proses rombakan sebanyak 12 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tanggal 2 Ogos, genap 9 tahun usia kelahiran Nur Amna Qaleesya iaitu anak sulung daripada empat beradik penyanyi Lan Solo.
Menitipkan ucapan istimewa buat si dara yang kian meningkat dewasa, ulas isteri Lan, Nur Sheila Hassim atau Sheila, 34, menegaskan walau apa pun yang terjadi, dia berharap agar anaknya menjadi diri sendiri.
Malah tambahnya lagi, jangan sesekali leka dan bersedia hadapi zaman kejatuhan. Dan menjadi anak kepada selebriti bukan tiket mudah ke syurga.
“Utusan dr mommy KHAS utk Kakak!
“Kak Long, siapa pon kakak arini.. Esok.. Atau lusa.. Kakak perlu JADI DIRI SENDIRI. sentiasa membumi walaupon kakak dah terbang tinggi.. .
“Jgn lupa kejatuhan akan dtg bila2 je.. Jgn lalai.. Jgn leka.. Dunia akhirat kene seimbang. Menjadi ANAK ARTIS – BUKAN TIKET kakak ke syurga. Amal jariah, sedekah dan ibadah kakak yg bantu kakak kat sana nanti.
“Tp selagi mommy bernyawa, doa mommy tak pernah putus utk kakak dan semua anak2 mommy.
“Kaya pon dugaan.. Miskin pon dugaan.. . Jadi, kakak hidup la dgn kesyukuran.. Jgn hitung untung org.. Cari bekalan cukup2 utk “masa depan” yg pasti tiba.
“Happy birthday kakak. U are my 1st born.. I am very proud of u. Sokongan mommy sentiasa utk kakak smpi bila2. Utk bakal menantu mommy..! Korg mesti sebaik daddy.. Biar gelap..hitam manis.. Tp mommy suka.. Eksotik gitu.. Eh!,” tulisnya.
Datin Hajah Fouziah Gous dan suaminya Datuk Haji Md Zhafran Md Yusof telah mendapat panggilan Allah untuk menunaikan haji pertengahan tahun ini.
Merakam kembali detik pemergiaanya ke tanah suci lalu mendapat status sebagai Hajah, Fouziah seperti yang dipetik Mingguan Wanita memberitahu, status hajah yang diperoleh itu bukan sesuatu yang mudah.
Sebaliknya, dia dan suami, Zhaf perlu melalui satu saat mencabar, atas beberapa insiden peribadi yang melanda diri.
“Seperti mana yang umum tahu, saya tinggalkan anak saya yang dimasukkan ke dalam ICU dan sebagainya demi mengejar status hajah sebagai hamba Allah.
“Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan status itu dan kita pula perlu menunaikan apa kehendak Allah. Jadi bila saya bawa status itu saya rasa bangga. sebab Allah memberi peluang kepada saya.
“Walaupun saya ini serba kekurangan tetapi sekurang-kurangnya saya dapat tip. Maksudnya Allah terima perjalanan saya. Seburuk-buruk kita, hanya Allah yang mampu menghakimi kita. Allah sahaja yang mampu hukum saya dan sebagainya.
“Jadi bila Allah melepaskan saya walaupun dengan dugaan untuk bergelar hajah itu, saya rasa sangat bersyukur, amat berterima kasih. Antara ramai manusia di dunia ini, akhirnya saya antara manusia yang dapat menunaikan haji. Saya juga rasa lebih bersemangat bila sudah bergelar hajah,” katanya.
Pada masa sama, pelakon dan pengacara ini juga tidak menafikan, hikmah yang diterimanya membuatkan diri lebih semangat untuk bekerja keras.
“Bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat hendak bekerja pun lain. Semangat untuk setiap benda yang saya lakukan itu adalah kerana Allah dan saya rasa apabila sudah hajah ini saya kena ubah banyak perkara,” terangnya jujur.
Dalam perkembangan lain, pasangan suami isteri ini juga baru saja pulang dari mengerjakan umrah beberapa minggu lalu.
Ikuti temu bual penuhnya menerusi majalah Mingguan Wanita.
Foto: Instagram Fouziah Gous/ Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!