“Selamat hari lahir sayang @mznashley. Selamat hari lahir yang ke 25. Seorang anak yang sangat baik kerana dia memiliki ibu yang terbaik.
“Auntie sangat gembira dapat mengenali kamu. Lelaki yang paling jujur yang pernah saya kenali,” tulisnya.
Titipan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Kerana Terluka itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Nourul turut merakamkan ucapan terima kasih buat Mizan kerana telah menjadi teman dan menjaga anak perempuannya dengan baik.
Ads
“Terima kasih kerana menjadi diri kamu sendiri dan menjaga anak saya dengan baik.
“Semoga yang baik-baik sahaja buat kamu. Dimurah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
“Nikmatilah ‘National Mizan Day’ yang ibu kamu, Maria Farida telah umumkan,” kongsinya lagi.
Entry berkenaan turut mendapat reaksi balas daripada Maria Farida.
Jelas, Maria, dia merasakan anaknya itu sangat bertuah dipertemukan dengan teman serta bakal ibu mertua yang baik seperti Nourul.
Ads
“Dia sangat bersyukur dan bertuah kerana dikurniakan teman wanita dan bakal ibu mertua yang baik,” balasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga hajat Maria dan Nourul untuk menyatukan anak mereka akan tercapai.
“Alhamdulillah, tahniah untuk Nurul dan Ayu.
“Cantik dan handsome. Muka pun nak sama dah dua-dua. Semoga dipermudahkan urusan.
Ads
“Semoga urusan Kak Nourul dan Kak Maria dipermudahkan. Semoga Allah lindungi kedua-dua keluarga.
“Sama cantik sama padan.
“Wah bakal berbesan. Semoga berjodohan hingga ke jannah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam perkembangan lain, saksikan video terbaru MH Throwback edisi hari raya yang menampilkan Maria Farida selaku tetamu undangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nourul Depp dan Maria Farida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal mempersembahkan lagu Tinting yang dipopularkan oleh Noraniza Idris, Naqiu akui ia menjadi cabaran paling besar buatnya dalam saingan Gegar Vaganza 6 (GV6) setakat ini.
Apa tidaknya, bintang berusia 33 tahun itu mengakui lagu-lagu asli merupakan antara genre yang jarang dinyanyikan.
“Lagu wanita dan tradisional. Dulu saya pernah sertai pertandingan nyanyian lagu asli ketika usia 13 tahun. Selepas itu saya tidak nyanyian lagu asli langsung.
“Saya pernah dengar lagu tersebut tetapi tak pernah nyanyi dan lirik pun tak ingat,” katanya jujur sejurus sidang media.
Malah kongsi Naqiu lagi, kali terakhir ia menyanyikan lagu tradisional adalah kira-kira 19 tahun lalu menerusi sebuah pertandingan.
“Kali terakhir tahun 2000 saya nyanyikan lagu tradisional peringkat kebangsaan.
“Sebenarnya arwah mak saya adalah ‘champion’ kepada lagu-lagu irama asli,” jelas Naqiu yang pernah muncul johan dalam pertandingan ghazal peringkat kebangsaan.
Tinting merupakan lagu kedua dari penyanyi wanita yang dipersembahkan Naqiu.
Menerusi saingan minggu kelapan Ahad lagu, penyanyi itu mendendangkan lagu Percayalah, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Naqiu turut berkongsi kesukaran menyanyikan lagu berkenaan menerusi YouTube Media Hiburan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam tular kisah seorang gelandangan tua sehingga mendapat perhatian pengacara terkenal, Neelofa yang meluahkan rasa simpati dan berhajat untuk turut sama membantu.
“This is so heartbreaking. Please update us on his situation and if anyone has more information on him, it would be really helpful too,” tulisnya.
Menerusi tweet yang dilayangkan, lelaki tua ini mendakwa dia dari Kuala Nerang, Kedah dan sudah sebulan tidur di jalanan gara-gara anaknya yang kini berada di pusat rawatan rapi Hospital Besar Kuala Lumpur.
“Jumpa pakcik ni kat tbs. tergerak hati nak sembang dengan dia. katanya dari kuala nerang, kedah. nk dekat sebulan homeless kat kl sebab tunggu anak dia yang sekarang dekat ICU HKL. anak dia student UIA gombak, last semester degree. accident kena langgar naik motor,” kongsi individu yang dikenali sebagai Armyn Syah.
This is so heartbreaking 😢 Please update us on his situation and if anyone has more information on him, it would be really helpful too. https://t.co/MFQ9zwbQH6
Bintang kelahiran Malaysia yang mencipta nama di persada Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, telah dinobat sebagai Ikon Tahun 2022 oleh majalah antarabangsa popular, Time.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Time mengiktiraf Michelle di atas sumbangan besarnya terhadap industri perfileman sepanjang dia bergiat aktif sejak tahun 1983.
Time memberikan gelaran itu kepada Michelle atau nama sebenar, Michelle Yeoh Choo Kheng di atas pencapaiannya sebagai bintang seni paling berpengaruh dari Asia sejak berdekad lamanya.
Kapsyen pada hantaran itu memperakui Yeoh sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.
Perkongsian itu turut menyebut penampilan sulung Michelle dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti naskhah besar lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Namun, menurut Time, filem ‘box office’, Everything Everywhere All at Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Michelle melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan bintang itu dalam senarai pelakon nombor satu Hollywood.
Penampilan Michelle dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu dianggap detik yang sudah lama dinantikan di mana nama bintang itu menjadi sebutan ramai, malah ramai percaya Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak dibawanya dalam filem terbabit.
Ogos lalu, pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang telah membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Karier seni Michelle bermula selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Michelle kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London, United Kingdom (UK).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...