Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui berasa agak sedih apabila memaklumkan pembantu rumahnya kini terpaksa pulang ke negara asal demi menjaga ibunya yang sakit.
Jelas Erra, pembantu rumahnya itu akan pulang buat jangka masa yang agak lama dan ketiadaannya itu nanti pasti akan dirasai.
“Muti saya dah balik kampung. Cuti panjang sikit kali ni. hwaaarrr. TERASA ketiadaanya,” tulisnya.
Rasa sedih itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Erra turut mendedahkan dia amat menghargai setiap jasa pembantu rumahnya itu lebih-lebih lagi ketika menjaga anak dan juga ibunya.
“Muti terima kasih jaga saya, jaga Aleesya sama ibu dgn penuh kasih sayang. Kembali segera ke mari tau Muti. Saya doakan ibu kamu segera sembuh dan urusan semuanya baik-baik,” katanya.
Sementara itu, pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu juga sempat menitipkan doa dan pesan semoga segala urusan pembantu rumahnya itu akan berjalan dengan lancar.
Ads
“Jimat-jimat belanja yaaa. Salam buat seisi keuarga juga saudara mara di kampung. jaga kesihatan. Jaga SOP tauuu.. love youuu
“Tayang bag tu sebab bag tu muti ngan @sharendrrazak belikan sempena harijadi hari tu. Sweetnyaaaaa diorang kan. thank you koranggg,” jelasnya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik diantara majikan dan juga pembantu rumahnya itu selain turut menyifatkan Erra sebagai seorang yang amat bertimbang rasa.
Sumber: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa jam yang lalu, pelakon dan model Pachara Apin atau nama muslimnya, Nur Aaira Mahdeya ada berkongsi beberapa keping foto dirinya sedang mengisi beras padi yang sudah dijemur ke dalam beberapa karung guni yang tersedia.
Lebih kagum, foto-foto yang dikongsikan itu turut memperlihatkan isteri kepada pelakon Afiq Muiz itu turut mengangkat karung guni berisi beras untuk diletakkan ke dalam stor penyimpanan.
“Sumandak Sabah pandai angkat padi,” tulisnya ringkas. Lalu perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan yang dilakukan bintang itu.
Terdahulu, namanya secara tiba-tiba mendapat perhatian apabila Afiq Muiz menerusi media sosial telah memaklumkan telah mengahwinan wanita berkenaan dalam sebuah majlis kecil serta tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat.
Fot: Instagram Pachara Apin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mia Ahmad mengakui teruja dengan perkembangan terkini anak sulungnya, Issa yang dilihat semakin menunjukkan perubahan positif terutamanya bila melibatkan soal pembelajaran.
Menurut Mia, antara faktor yang menyumbang kepada perubahan tersebut adalah dengan mengehadkan dan memantau penggunaan gadjet anak-anaknya itu.
Katanya lagi, meskipun fasa pendamik ini merupakan antara detik paling sukar bagi sesetengah ibu bapa, namun, dia berharap agar anak-anak tidak terlalu didedahkan dengan penggunaan gajet secara berlebihan.
“Throwback video sebelum MCO 3.0 , my first born. So proud of you, takde ada apa yang mustahil..jangan putus doa dasangka baik selalu dengan Allah. You’re gonna get there, sayang.
“Parents, please minimalkan penggunaan gadget. Saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemic ini dan mengambil jalan shortcut untuk bagi anak-anak menggunakan gadget.
“Please monitor apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap screen. Bila bagi diorang screen time make sure you join them and watch together,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Mia turut mendedahkan anaknya itu juga pernah mengalami masalah lambat bercakap dan sukar untuk memberikan fokus gara-gara kesilapannya yang terlalu bergantungan kepada penggunaan gajet sejak lahir.
Bagaimanapun, Mia memaklumkan dia kini mampu menarik nafas lega apabila anaknya itu semakin menunjukkan perubahan positif hari demi hari.
“Saya bercakap melalui pengamalan yang mungkin ramai tak tahu..kesan daripada saya exposed kan Issa screen time seawal bayi menyebabkan Issa speech delayed, short attention span dan mempunyai masalah social skill.
“I admit my mistake, at that time saya CUMA fikirkan diri saya SAHAJA dan mula introduce kan screen time dengan kerap pada Issa. TAPI..itu dahulu. Setahun yang lalu.
“Alhamdulillah dengan izin MU, Issa menunjukkn progress yang sangat baik. mula bercakap, mula interact..dah overcome almost semua masalah yang ada before.
“Minta doakan kesembuhan sepenuhnya buat Issa ya? Banyak sebenarnya tips yang saya nak share…nantilah ya bila ada kesempatan,” jelasnya lagi.
Memerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut.
Terdahulu, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017z
Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 3 tahun dan Iris yang kini baru berusia 1 tahun.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!