Finalis Hero Dewi Remaja 2023, Evertts mahu mengikut jejak langkah juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol untuk mengharumkan dan kebanggaan buat rakyat di negeri Sabah.
Menurut Evertts atau nama sebenarnya Evertts McClane Gomes, dia mahu memanfaatkan platform ini untuk mencipta nama seterusnya bergelar anak seni yang berjaya.
“Saya rasa sangat beruntung kerana menjadi satu-satunya peserta ujibakat lelaki di negeri Sabah yang terpilih menjadi finalis akhir. Saya sudah buat yang terbaik dan rasa memang layak untuk ke tahap ini.
“Tracie sudah menginspirasikan wanita-wanita di Sabah. Saya mahu membanggakan lelaki-lelaki Sabah pula. Secara kebetulan, tahun ini ujibakat Hero Dewi Remaja 2023 telah diadakan di Sabah.
“Ia seperti rezeki. Selama 10 tahun ini, apa yang saya lakukan seperti sudah dirancangkan dengan baik oleh yang Maha Esa,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia bersedia untuk berhadapan dengan segala tugasan untuk merebut gelaran Juara Hero Remaja yang baharu.
“Kekuatan saya adalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Saya ada kebolehan menyanyi, menari, berlakon dan modelling. Saya sudah menceburi bidang ini sejak tahun 2016.
“Saya sangat mengidolakan pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof. Saya juga punyai minat dalam pengarahan. Bagi artis antarabangsa pula, saya meminati Keanu Reeve.
“Selain pelakon hebat, beliau juga merupakan manusia yang sangat baik. Saya mahu mencontohi beliau,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Evertts memaklumkan dirinya sekali tidak gentar sekiranya ada pihak yang cuba mencemarkan nama baiknya sepanjang menyertai program ini.
“Saya tak rasa akan ada pihak yang cuba mengganggu perjalanan saya di Hero Dewi Remaja 2023. Macam pihak Astro katakan, apa sahaja yang pernah berlaku, ia merupakan masa lalu saya.
“Apa yang saya tunjukkan ketika ini adalah Evertts yang baharu. Secara jujurnya, saya tiada perkara yang tak elok untuk dikongsikan. Jadi, saya tak risau.
“Andai kata ada pihak yang cuba nak menjatuhkan saya contohnya dari kalangan bekas teman wanita, saya tak risau kerana keluarga dan kawan-kawan kenal saya. Mereka sentiasa ada ketika saya di fasa bercinta.
“Mereka tahu siapa yang salah atau betul. Saya sudah buat yang terbaik untuk jadi teman lelaki terbaik. Saya tak risau sebab tiada aib yang boleh dicungkil.
“Kini saya belum ada pasangan. Saya nak fokus bina kerjaya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh TikTok, Ubai tidak menafikan dirinya sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah sejak tahun lalu.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.
“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014.
“Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).
“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.
“Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya.
Shila sebelum ini pada sesi siaran langsung di TikTok turut berkongsi mengenai hal berkaitan.
“Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.
“Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama.
“Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.
“Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini,” katanya.
Semalam Shila dan Ubai mendedahkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi teka-teki.
Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.
Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...