Pelakon, Hafidz Roshdi tersentuh dengan pesanan yang dititipkan rakan artis, Sharnaaz Ahmad diatas dugaan yang sedang menimpa dirinya saat ini.
Jelas Hafidz, kata-kata semangat tersebut menjadi motivasi untuk menempuh fasa sukar didalam hidupnya itu.
“As Salam Bro Sharnaaz, terima kasih banyak-banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini,” tulisnya
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Pusaka itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Hafidz turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat dirinya selama ini.
“Saya sangat tersentuh. Tidak lupa juga kepada rakan selebriti, rakan-rakan, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakan baik-baik buat Hafidz.
“Hanya Allah SWT dapat membalas jasa kalian,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi satu hantaran di Instagram Story pada Selasa, Sharnaaz mendoakan agar Hafidz dapat kembali sembuh seperti sedia kala seterusnya memperbaiki semula segala kesilapan di dalam hidupnya.
Malah, Sharnaaz turut menyeru para pengikutnya untuk tidak menghantar komen-komen berbaur kebencian terhadap Hafidz.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.
Hafidz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.
Mahkamah memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri dan pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.