Kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir ibu tercinta, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang ke-54.
Dalam ucapan tersebut, isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad ini mendoakan semoga ibunya itu supaya sentiasa dirahmati dan diberikan kesihatan yang baik.
“Happy birthday to my queen. Semoga Allah swt sentiasa merahmati, melindungi dan memberkati mama.
“Semoga mama di panjangkan umur, perluaskan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan Nabila menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada ibunya diatas segala jasa dan pengorbanan dalam membesarkan mereka adik-beradik.
“Terima kasih mama atas semua pengorbanan dan perjuangan mama yang tidak pernah putus untuk kami adik beradik dan juga semua keluarga.
Ads
“Thank you for everything and kita sangat-sangat hargai mama.
“I love you so much mama,” kongsinya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menitip ucapan buat pengasas produk Young & Glow Foundation itu.
Terdahulu, selain sibuk menguruskan anak, Jebat Jayden, Nabila kini turut dilihat aktif di platform Youtube menerusi salurannya yang diberi nama Rosix & Bella.
Sumber: Instagram Bella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-33, (ABP33) yang bersiaran secara langsung di TV3 malam tadi.
Dengan jumlah undian sebanyak 22,332,676, Haqiem turut membawa pulang sebuah kereta Nissan Leaf bernilai RM181,263 berserta trofi atas kemenangan yang diraih.
Anugerah tertinggi itu diterima penyanyi Adlina Marie ini daripada Datuk Rosyam Nor sejurus diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular.
“Allahuakbar, terima kasih kepada famili saya. Mak abah yang sedang tengok (di rumah). Qiem harap mak abah berbangga dengan Qiem.
“Terima kasih kepada TV3, Berita Harian, FMC dan Qiemillio (kelab peminat) yang terus mengundi Haqiem. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya,” katanya.
Dipancarkan dari Axiata Arena, Bukit Jalil, anugerah berkenaan dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda lengkap dengan persembahan mantap dari Yonnie Noy, Zynakal, Dolla, Azlan The Typewriter, Dolla, Syamel, Elly Mazlein, Faizal Tahir, Zizi Kirana dan ramai lagi.
Buat pertama kalinya juga, ia dilangsungkan tanpa penonton bagi mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB).
Ikuti seranai penuh pemenang bagi 13 kategori utama, satu Anugerah Khas serta lima kategori online:
Artis Baharu Wanita Popular – Isyarina
Artis Baharu Lelaki Popular – Chubb-e
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Khai Bahar & Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Pengacara TV Popular – Sherry Alhadad
Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
Artis Komedi Popular – Sherry Alhadad
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Wany Hasrita
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia – Haqiem Rusli
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid
Pelakon Filem Lelaki Popular – Zahiril Adzim
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Francissca Peter
Bintang Paling Popular – Haqiem Rusli
Foto: Instagram ABPBH33
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Mawar Rashid tidak menafikan sehingga kini dirinya masih lagi terkesan dengan insiden diperli ketika menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih tahun lalu hingga dilabel dengan pelbagai gelaran, termasuk ‘Mawar GST’.
Malah ketika sesi tayangan video bersempena dengan pelancaran produk kosmetik yang diusahakannya, Mawarose pada Isnin, ibu muda ini tidak mampu menahan air mata ketika klip ditemu bual mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dipertontonkan semula.
Difahamkan, ia disunting ahli keluarga di luar pengetahuan Mawar yang sekali gus, mengimbas kembali ingatannya terhadap insiden yang disifatkan detik paling teruk dalam hidupnya itu.
“Sejujurnya saya masih terkesan. Bagi saya ia adalah momen paling teruk dalam kehidupan saya, sudah tentu. Tak semua orang rasa apa yang saya lalui.
“Bukan saya sengaja buat perkara yang jahat atau sesuatu yang rosakkan jiwa sendiri atau orang lain.
“Saya masih belum matang pada ketika itu dan saya hanya diri akan tetapi, ramai yang tidak boleh terima.
“Saya belum cukup matang dan rasa gementar. Orang yang gementar akan rasa ‘blank’ dan cakap mengarut.
“Akan tetapi pada akhirnya, bila saya naikkan semangat balik kerana sokongan keluarga dan peminat, saya jadi okay dan tahu keupayaan diri.
“Saya dituduh bodoh. Keputusan UPSR saya 4A, PMR 4A dan SPM 5A. Saya bukanlah perempuan bodoh malah berbangga dengan pencapaian diri setakat ini.
“Kalaulah saya tidak bijak, buat apa saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan?” luahnya dengan rasa syukur.
Mawar bagaimanapun tidak menafikan apa yang berlaku memberi banyak sisi positif dalam hidupnya selepas itu.
Terdahulu pada majlis sama, Mawar turut memperkenalkan lagu ‘jingle’ berunsur K-pop ciptaan Amir Hassan sementara lirinya pula disusun Mawar bersama suaminya, Raf Yaakob serta abang tersayang, Arfan dan Amir sendiri.
“Lagu ini ada khas untuk produk yang baru sahaja dikeluarkan dan akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.
“Sebelum ini saya pernah sekali lakukan rakamkan sebuah lagu untuk satu telemovie siaran RTM yang saya turut berlakon sama sekitar dua tahun lalu. Akan tetapi lagu ini ibaratnya adalah sesuatu yang saya inginkan.
“Beat yang lebih segar dan ‘fast’. Sementara untuk lagu ini, saya buat rujukan menerusi lagu-lagu kpop sebab ia tengah menjadi trend ketika ini.
“Saya ada keinginan untuk membuat persembahan bersama lagu ini secara langsung juga, tetapi saya perlukan lebih praktis.
“Kiranya masih belum yakin lagilah nak nyanyi ‘live’. Nanti kesian dekat diri-sendiri, kena kecam lag,” seloroh Mawar.
Ditanya mengenai penghasilan Mawarose ‘Magic Rose Lips & Cheek Cream’, bintang ini mempunyai sebab tersendiri terhadap nama yang dipilih.
Ujarnya, ‘Mawar’ itu sendiri mempunyai signifikan istimewa bagi dirinya.
“Mawar’ adalah gabungan nama orang tua saya. Marini Abdullah (MA) dan Wan Abdul Rashid (WAR), lalu jadilah Mawar.
“Untuk lakukan penjenamaan yang lebih besar, kami cadangkan nama Mawarose. Betapa saya juga seorang yang obses dengan bunga Ros.
“Ia ibarat ratu kepada segala bunga. Paling cantik tetapi berduri,” akui Mawar yang turut mengumumkan produk kosmetik hasilannya itu bakal dijual melalui mesin layan diri tidak lama lagi selain di media sosial.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!