Kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir ibu tercinta, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang ke-54.

Dalam ucapan tersebut, isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad ini mendoakan semoga ibunya itu supaya sentiasa dirahmati dan diberikan kesihatan yang baik.

“Happy birthday to my queen. Semoga Allah swt sentiasa merahmati, melindungi dan memberkati mama.

“Semoga mama di panjangkan umur, perluaskan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan Nabila menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada ibunya diatas segala jasa dan pengorbanan dalam membesarkan mereka adik-beradik.

“Terima kasih mama atas semua pengorbanan dan perjuangan mama yang tidak pernah putus untuk kami adik beradik dan juga semua keluarga.

IKLAN

“Thank you for everything and kita sangat-sangat hargai mama.

“I love you so much mama,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menitip ucapan buat pengasas produk Young & Glow Foundation itu.

“Terima Kasih Mama Atas Semua Pengorbanan & Perjuangan,” – Manisnya Ucapan Noor Nabila Sempena Hari Lahir Ibu, Datin Noor Kartini “Terima Kasih Mama Atas Semua Pengorbanan & Perjuangan,” – Manisnya Ucapan Noor Nabila Sempena Hari Lahir Ibu, Datin Noor Kartini “Terima Kasih Mama Atas Semua Pengorbanan & Perjuangan,” – Manisnya Ucapan Noor Nabila Sempena Hari Lahir Ibu, Datin Noor Kartini

Terdahulu, selain sibuk menguruskan anak, Jebat Jayden, Nabila kini turut dilihat aktif di platform Youtube menerusi salurannya yang diberi nama Rosix & Bella.

Sumber: Instagram Bella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI