“Terima Kasih Memahami Karenah Isteri Ko Yang Masuk Air Ni,” – Sudah 17 Tahun Kenal, Didie Alias Doa Hidup Harmoni Hingga Ke Jannah Bersama Suami

Share

Setiap insan yang mendirikan mendirikan rumah tangga sudah pasti impikan ikatan perkahwinan yang kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Begitu juga halnya dengan bintang versatil, Didie Alias yang ada menitipkan kata doa bersempena ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Norisham Ismail yang kini sudah memasuki tahun ke-11.

Wanita berusia 47 tahun ini memaklumkan, usia perkenalan bersama suami tersayang sudah pun hampir 17 tahun.

“8 Mei 2020. Happy 11th Anniversary Daddy @ishamismaildd tolak campur bahagi 6 tahun kite berkawan, Wahh 17 tahun ek.

“Semuga perkahwinan kite berkekalan hingga ke jannah. Tqsm memahami karenah isteri ko yg masuk air nie.

“Semuga kite diberi kesihatan yang baik, dimurahkan lagi rezeki,dipanjangkan umur. Tapi kilang dah tutup hahaha, love u till Jannah,” tulisnya.

Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.

Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga kedua bersama Norisham Ismail pula dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.

Foto: Instagram Didie Alias

Published by
Nazar Rafiqhi