Selepas hampir lima tahun bergelar penyampai, pelakon, Siti Elizad mengumumkan pengunduran dirinya daripada stensen radio, Sinar FM.
Elizad memaklumkan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram Sinar FM.
Malah, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin turut menyifatkan waktunya bersama Sinar FM merupakan antara detik paling indah di dalam hidupnya.
View this post on Instagram
“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pendengar Sinar. Alhamdulillah saya dapat bertahan di sini selama lima tahun.
“Ia bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi penyampai kerana jiwa saya adalah pada pelakon.
“Jadi, bila saya diberi peluang ini, saya anggap ia sesuatu yang sangat istimewa,” katanya.
Pada masa sama, pelakon filem Rock ini juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada rakan penyampai dan seluruh warga kerja Sinar FM.
“Saya ingin berterima kepada Abang Rahim kerana banyak memberikan pandangan dan nasihat. Jep pula banyak beri tunjuk ajar dan melayan bila saya merajuk.
“Angah pula banyak berkongsi idea memandangkan ada kalanya saya agak slow sedikit. Saya banyak belajar dengan abang-abang saya di sini dan juga penyampai-penyampai lagi juga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Elizad turut berterima kasih kepada para pendengar yang sentiasa menunjukkan sokongan terhadap dirinya selama ini.
“Terima kasih kepada team digital dan para pendengar yang selalu nak mendengarkan saya ke udara di sini. Saya bersyukur sangat.
“Saya tetap mendoakan agar semua pihak tetap menyokong abang-abang saya dan penyampai lain,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih selain turut mendoakan yang terbaik buat Elizad ke depannya.
“Tapi kenapa? Suka dengar Ejad di radio. Tak sangka sudah lima tahun. Semoga sukses Ejad dalam apa jua bidang dan kerja.
“Kenapa berhenti kak? Tak best dah bila tak dengar akak gelak pagi-pagi. Kami pasti akan merindui suara akak.
“Ala, saya layan Sinar sebab ada awak. Lawak betul.
“Tup-tup dah lima tahun. Terima kasih menceriakan dan menghiburkan kami selama lima tahun. Lepas ini tunggu Ejad di skrin pula,” antara komen-komen netizen.
Terdahalu, sebelum mengendalikan program Pagi Di Sinar, Elizad merupakan penyampai untuk segmen petang bersama Falyq Hikyle dan Hefny Sahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM & Siti Elizad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI