“Terima Kasih Papa Restu Perkahwinan Kami,” – Selamat Bernikah, Serena Redzuawan & Suami Adakan Majlis Secara Tertutup

Share

Pelakon dan usahawan, Serina Redzuawan berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melangsungkan majlis pernikahan bersama jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Aidid pada pagi Jumaat.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Serina menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Katanya lagi, dia amat bersyukur kerana majlis tersebut telah berjalan dengan lancar meskipun ia hanya berlangsung secara tertutup.

“Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan I dah selamat mendirikan masjid bersama suami.

“Majlis nikah kami secara tertutup sahaja. Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu.

“Benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yg lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.

“Alhamdulillah dia lah yang terbaik yangg ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” tulisnya.

Dalam pada itu, Serina yang juga merupakan anak kepada chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih sinonim dengan panggilan Chef Wan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada bapanya kerana telah merestui hubungannya bersama suami.

“Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.

“Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina dan Aidid semangat serta doa,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Serena turut meluahkan rasa terharu selain turut berdoa semoga perkahwinan mereka mendapat reda dari Allah S.W.T.

“SAYANG TERIMA KASIH TERIMA I SEADANYA DAN KITA SALING MELENGKAPI KEKURANGAN MOGA MENDAPAT REDHA ALLAH SWT AMINN..”

Meninjau di ruangan komen , rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa gembira diatas perkhabaran tersebut.

Sekadar info, Serena sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin atau nama Islamnya Salahudin sebelum bercerai pada tanggal 1 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Sumber: Instagram Serena Redzuawan

Published by
Aizam Manaf