“Terima Kasih Pia,” – Sayang Ni Nama Dia Alisa Fatehah. Ada Penyakit Celebral Palsy, Macam Watak Naim Daniel

Share

Semalam, pelakon Zara Zya ada berkongsi sepotong video ketika dia beramah mesra dengan seorang kanak-kanak berstatus orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami celebral palsy.

Menerusi Instagram, Zara memaklumkan nama kanak-kanak istimewa ini ialah Alisa Fateha dan penyakit yang dialami adalah sama seperti watak yang dibawa Naim Daniel menerusi drama Pia, yang turut dilakonkan Zara.

“Sayang ni nama diaAlisa Fatehah. Dia ada penyakit celebral palsy. Sama lah mcm watak yg @naimdanielx lakonkan dalam drama #pia.

“Sama2 kita doa dia kuat dan sihat ye. Ibu bapa alisa please sayang dia sampai bila2 ye. Saya tak dpt jumpa dia lama sebab masa ni nak berbuka dah. Dapat bergambar dan ambil video je. Membesar dgn baik ye sayang,” tulisnya di Instagram.

Keratan video tersebut merakamkan aksi bintang tersebut bersama Alisa sedang bergambar bersama.

“Terima kasih Pia,” ucap lelaki yang merakamkan foto berkenaan.

Foto: Instagram Zara Zya

Published by
Rafiq Mazlan