Bintang media sosial, Sharifah Rose telah menyunting video buat kekasihnya, Azief Khalid bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-22, hari ini.
Mengabadikan momen indah bersama sepanjang perkenalan, Rose turut menitip ucapan istimewa buat anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
“Happy birthday soulmate. You’re real, vulnerable, smart and full of joy. I feel safe whenever i’m around you.
“Thank you for choosing me to be part of your growth. I love how i’m falling in love with myself as i’m falling in love with you.
“You deserve all the good things in life,” tulisnya.
Selain aktif bergerak sebagai penyanyi dan pelakon, Janna Nick juga merupakan antara selebriti yang dipilih menjadi panel penyiasat tetap untuk program hiburan I Can See Your Voice musim kelima (ICSYV5).
Sudah bersiaran selama tiga minggu, episod ketika yang berlangsung pada malam semalam (Ahad) merupakan antara aksi yang yang tidak dapat dilupakan penonton setia rancangan itu.
Ini semua gara-gara aksi Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner, 27, yang terjatuh ketika mahu kembali duduk ke kerusinya.
Janna jatuh terjelepuk ke belakang sebaik dia mahu menduduki kerusi tersebut.
Rakan-rakan artis yang terkejut dengan situasi tersebut kemudiannya cuba membantu Janna namun masing-masing tidak dapat menahan tawa selepas menyaksikan insiden lucu berkenaan.
Meninjau ruangan komen di TikTok @jannanickofficial, rata-rata netizen terhibur dengan insiden tersebut.
Pelakon Alif Muhaimin, mendakwa budaya buli di antara pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman, perkara ini seolah-olah sudah dinormalisasikan hanya kerana ia berlaku sejak zaman berzaman.
“Saya pernah nampak situasi itu berlaku depan mata. Gejala buli di set penggambaran itu memang ada. Memang biasa sangat berlaku politik di antara pelakon senior dan junior.
“Ada satu kejadian, saya nampak pelakon senior nak buli pelakon baharu yang ketika itu membawakan watak utama.
“Bagi pelakon senior tersebut, pada zaman dia, setiap pelakon baharu itu mesti kena buli. Dia nak pelakon sekarang pun kena rasa hal yang sama. Bagi saya, perkara ini tidak betul,” katanya kepada MH.
Juara Hero Remaja 2017/18 ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Sebelum Titik Noktah, baru-baru ini.
Dakwanya lagi, sesetengah pelakon senior ini
dilihat seakan gemar untuk menjatuhkan motivasi para pelakon baharu, lebih-lebih lagi ketika penggambaran sedang dijalankan.
“Ada kalanya, kita akan dapat dialog yang panjangnya tiga hingga empat muka surat. Kita akan mudah rasa anxiety dan pressure untuk habiskan dialog tersebut.
“Bila kita hampir berjaya membawakan dialog itu ketika penggambaran, pada bahagian akhir, pelakon senior itu akan tiba-tiba tergelak. Kemudian, kita kena ulang semula babak dari awal.
“Ada juga yang menukar gaya lakonan sewaktu rehearsal dan penggambaran sebenar. Bila hal itu terjadi, pelakon baharu akan susah nak berikan respon.
“Jadi, mereka akan letakkan kesalahan itu kepada pelakon baharu ini. Mereka juga akan memerli. Padahal dia yang lupa skrip,” ujarnya lagi.
Disebabkan hal tersebut, Alif memaklumkan ramai pelakon baharu yang mengalami tekanan emosi sehingga ada yang mahu melupakan impian mereka bergelar anak seni.
“Sebab itu ramai pelakon-pelakon baru mudah rasa tertekan dan anxiety. Banyak yang meluahkan rasa sedih di media sosial. Mereka tiada motivasi lagi nak berlakon.
“Perkara-perkara seperti inilah yang mengganggu emosi sesetengah pelakon,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Alif akui agak terkilan apabila situasi ini masih dipandang remeh lebih-lebih lagi daripada penggiat seni itu sendiri.
“Bila hal ini terjadi, orang-orang industri menganggap ia perkara normal. Ada yang kata, mereka dulu pun kena buli juga.
“Mereka tidak akan menegur perbuatan artis-artis lama ini sebaliknya mereka minta artis baharu ini bersabar dan jangan cepat ‘koyak’.
“Kata mereka, nak masuk bidang lakonan ini kena kuat mental dan fizikal,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Alif Muhaimin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hasil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, isteri Tomok, Ayu Abas meluahkan kesyukuran apabila anak sulungnya, Arrian Akid Shah kini sudahpun mula menginjak ke Al-Quran.
Jelasnya, dia tiada harta untuk ditinggalkan namun ilmu agama yang diajar sendiri untuk anak-anak diharap cukup untuk kejayaan dunia dan akhirat.
“Anak-anakku sayang, tidaklah dibu tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu. Rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu.
“Walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang) tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat.
“Jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa.
“Jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong, sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat. Jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan,” tulisnya.
Ayu turut memberi pesan buat si permata hati agar sentiasa belajar bersyukur.
“Sebab tu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah.
“Sebakk-baiknya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.
“Sekian ceramah pagi rabu. nnt dah ada instagram sendiri baca apa yang dibu warkahkan ni k…dibu sayang arrian,andra,baby & ayah,” kongsinya panjang lebar.
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...