Tabung Bantulah Fiza yang dilancarkan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bagi membantu wartawan hiburan yang meninggal dunia di Hospital Caring Call, London, Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, kini mencecah RM40,585.34.
Presidennya Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, sumbangan tersebut sudah disalurkan terus ke akaun suami allahyarham, Mohd Roshdi Ramli, 40, yang kini berada di sana.
“Kami sangat bersyukur, hanya dalam masa 48 jam selepas dilancarkan, tabung Bantulah Fiza berjaya mencapai sasaran kutipan yang diperlukan bagi kos membawa pulang jenazah ke tanah air.
“Penderma adalah terdiri dalam kalangan rakan media, rakan-rakan artis dan orang ramai. Mereka ini bersama-sama memberi sumbangan sebagai tanda prihatin dan turut berdukacita atas pemergian arwah yang sebelum ini banyak memberi sumbangan kepada dunia penulisan seni dan hiburan tanah air.
“Seluruh keluarga WHAM merakamkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan semua. Setelah sasaran mencukupi, tabung Bantulah Fiza yang dianjurkan oleh WHAM ditutup,” katanya.
Ads
Menurutnya, pihak keluarga masih menunggu dokumen kematian daripada pihak hospital bagi proses membawa pulang jenazah.
“Suami arwah ada memaklumkan kepada saya mungkin pada Selasa atau Rabu depan, baru dokumen kematian dikeluarkan.
“Memandangkan ketika ini ramai petugas sedang bercuti bagi sambutan Krismas, urusan mendapatkan dokumen kematian akan mengambil sedikit masa. Selepas dokumen kematian diperolehi, ia akan disusuli urusan dengan pihak syarikat pengurusan jenazah di sana, diikuti urusan dengan syarikat penerbangan bagi membawa jenazah ke Malaysia,” katanya.
Ads
Menurutnya, kerjasama daripada pihak Kedutaan Malaysia di London dan sahabat media di sana menjadikan segala urusan Allahyarham dan keluarganya berjalan dengan baik.
“Suami dan dua anak arwah yang kini masih berada di London juga mendapat bantuan daripada pelbagai pihak, termasuk Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan pengawai media beliau juga berjaya mendapatkan tajaan penginapan sementara untuk keluarga arwah di sana, sementara menanti penerbangan pulang ke tanah air yang dijangka hanya dapat dilakukan pada minggu depan,” katanya.
Ads
Fiza ialah pengarang portal Boom Malaysia sebelum ini pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat media antaranya Sinar Harian, RTM dan portal Astro Gempak.
Dia yang juga pengidap kanser payudara koma di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow beberapa jam sebelum penerbangan pulang ke Malaysia selepas percutian yang ditaja, bersama keluarga.
Dia kemudian dimasukkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.30 malam (waktu Malaysia).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Jue Aziz meluahkan rasa syukur setelah berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebagai hadiah istimewa bersempena dengan hari lahir ibunya yang ke-69 tahun.
Jelas Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, dia telah menyempurnakan hampir kesemua permintaan ibunya itu melainkan mengenai urusan jodoh.
Katanya lagi, dia tidak kisah seandainya dirinya masih lagi tidak dipertemukan jodoh kerana menyifatkan dia mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk meluangkan lebih banyak waktu bersama ibunyanya.
“Mom birthday surprise. Alhamdulillah, finally khatam Al-Quran. Syukur, satu je permintaan mak yang orang tak dapat nak tunaikan. Jodoh!
“Tahu mak risau. Susah sakit apa semua. Orang sorang-sorang pun takpe asalkan ada mak.
“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Illahi. Sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramadan yang terkahir.
“Doakan ye mak Jue diberikan kesihatan dan kuatkan semangatnya. Happy birthday mak. 20 hari bulan/ 30 juzuk. Hadiah istimewa bersempena Ramadan buat ibu yang tersayang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pelakon filem Hantu Bonceng itu menerusi entri terkini di laman Instagram. miliknya.
Dikesempatan itu juga, Jue turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan semoga ibunya itu sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat ibu kepada Jue.
Sumber: Instagram Jue Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar akhirnya telah memberikan respon mengenai konflik yang berlaku terhadap rumah tangganya bersama isteri, pada minggu lalu.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Shuk telah mengakui atas kesilapan dirinya yang berlaku dalam rumah tangganya.
Malah Shuk turut menambah, bukan satu perkara yang mudah untuk memperbaiki atau memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukannya.
“Setiap orang malakukan kesalahan..dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..
“Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh..
“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!,” tulisnya.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Shuk menjadi perbualan hangat kalangan netizen selepas didakwa bertindak curang terhadap isterinya.
Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.
Foto: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Badan semakin mantap dan semoga berjaya”. Ini antara komen yang diterima hos dan pelakon, Ammar Titan atau Azizul Ammar selepas memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dirinya sedang aktif melakukan senaman di gimnasium.
Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya, Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan ada berkongsi beberapa keping foto transisi perubahan sebelum dan selepas melakukan rutin kecergasan.
Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan, rata-rata pengikut bintang berusia 33 tahun ini menitipkan kata semangat di samping ucapan hari jadi, selain teruja melihat perubahan dirinya itu.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan rakan artis dan peminat mendapat respon Ammar
Ammar mula dicungkil bakatnya menerusi program realiti Bintang Mencari Bintang terbitan TV3. Dia ketika itu bergandingan dengan Issey menerusi grup diberi nama Titan.
Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan, permulaan kariernya dalam industri seni bukan kerana minat, tetapi demi membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung...