Sweet pula MH tengok Angah Raja Lawak dengan isterinya, Amira Asyura Abd Razak apabila memuat naik kapsyen yang cukup manis dan bersemut sempena Anniversarynya kepada isteri tercinta di Instagram.
MH difahamkan pasangan ini menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-2 tahun pada 19 Februari lalu.
“Happy Anniversary!
“Syukur Alhamdulillah dah 2 tahun usia perkahwinan kami yang masih muda.. Thank You sayang @asyura_king banyak bersabar dengan karenah-karenah suamimu ini dan thank you juga kerana sentiasa bersikap positif dan sentiasa membuat kita terus menjadi pasangan yang bahagia.
“Alhamdulillah, I love u until jannah InsyAllah,” tulisnya
Dalam pada itu, Angah juga sempat berterima kasih kepada peminat-peminat yang sering mendoakan mereka.
“Terima kasih kepada awak semua yang terus mendoakan kami. #happyanniversary #angahwawa #love,” tulisnya lagi.
Alahai, MH percaya mesti ramai tak sangka Angah boleh buat ucapan ‘sweet’ macam ini kan? Yang pasti paling bahagia tentulah isterinya, dapat sambut ulang tahun perkahwinan dengan suami tercinta kan?
Apa-apapun di kesempatan ini, MH pun tidak ketinggalan untuk mengucapkan ‘Happy Anniversary’ buat Angah dan isteri. Moga kekal hingga ke Jannah.
sumber: IG Angah