“Terima Kasih Sebab Buat Bacaan Yassin…,” – Eina Azman Beri Dedikasi Atas Inisiatif Betty Rahmad Anjur Sesi Khas Dalam Kelas Mengaji

Share

Pelakon, Datin Eina Azman merakamkan ucapan terima kasih buat rakan artis, Betty Rahmad yang mengambil inisiatif mengadakan majlis bacaan Yassin pada Khamis secara virtual.

Sesi bacaan tersebut dibuat khas untuknya dan suami, Datuk Gurmeet Abdullah serta dua pembantu rumahnya selain mereka yang turut dijangkiti Covid-19.

“Alhamdullilah terima kasih babe sebab buat bacaan yassin untuk i husband n bibik i. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga u sentiasa d lindungi.

“Siapa nak join sekali boleh join sebentar lagi selepas solat maghrib,” tulis Eina menerusi Insta Stories.

Terdahulu, Betty menerusi Instagram memohon kepada mereka yang berkelapangan untuk sama-sama menyertai majlis yang dianjurkan menerusi Kumpulan Kelas Mengaji Online di Facebook itu.

“SALAM SEMUA. JEMPUT SEMUA JOIN BACAAN YASSIN MALAM INI LEPAS MAGHRIB DI FACEBOOK GROUP: KELAS MENGAJI ONLINE.

“SAMA-SAMA KITA DOAKAN DATIN @EINA_AZMAN,SUAMI, BIBIK DAN SEMUA YANG SEDANG SAKIT DIBERI KESEMBUHAN SEGERA & KEKUATAN INSHAALLAH AAMIN,” tulisnya.

Terdahulu, paras oksigen Gurmeet dilaporkan mengalami penurunan sehingga terpaksa menggunakan bantuan pernafasan, semalam.

Eina menerusi Instagram memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya kembali seperti sedia kala.

“Assalamualaikum semua. Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.

“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen. Terima kasih semua,” tulis Eina.

Pelakon drama The Maid dan suami bersama dua pembantu rumah disahkan positif Covid-19. Namun, sepasang anak kembar mereka negatif virus berkenaan.

Published by
MH