
Hari ini genap ulang tahun kelahiran pelakon Ayu Raudhah yang ke-34 tahun.
Lantas, suaminya Mohd Zaquan Adha telah memberi ucapakan istimewa buat isteri tercinta menerusi akaun Instagram miliknya.
“Happy birthday my lovely wife..Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.
Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang,” tulis Zaquan.
View this post on InstagramA post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on
Foto tersebut melihatkan Ayu dan Zaquan sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran.
Susulan itu, netizen turut memberi ucapan buat ibu kepada tiga orang cahaya mata itu dan turut mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.
Zaquan dan Ayu berkahwin pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Apa-apa pun, MH ucapakan selamat hari lahir buat Ayu, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Foto : Instagram Zaquan Adha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Artis Remaja Fikry Kiki Nafi Dibela ‘Sugar Mummy’ Seksi, Modal Bisnes RM600,000 Usaha Sendiri – “Saya Masih Ingat Dosa Pahala.”

Pelakon remaja yang juga penyanyi dan pengacara, Fikry Kiki kecewa dan terasa hati apabila ada segelintir netizen yang membuta tuli mendakwa yang kononnya dia dibela ‘sugar mummy’ untuk menjalankan bisnes kopi tanpa bancuh berbentuk cecair, Liquffe (Liquid Coffee).
Fikry Kiki atau nama sebenarnya Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad,20, mendedahkan, ada yang menuduhnya mengambil kesempatan, sekaligus bergelar ‘anak ikan’ kepada pempengaruh seksi, Bulan.
“Tidak dinafikan, mungkin tawaran lakonan yang saya dapat tidaklah sehebat pelakon-pelakon muda lain, walaupun sebenarnya saya sudah berlakon sejak umur lima tahun lagi.
“Namun, itu bukan alasan untuk saya ‘menjual’ diri atau dibela sesiapa dengan tujuan untuk hidup senang. Tidak sama sekali. Saya masih ingat dosa pahala.
“Arwah ayah dan ibu saya didik saya dari kecil untuk berusaha sendiri dalam mencapai apa yang diinginkan,” katanya.
Bersyukur kerana jenama Liquffe sudah pun dilancarkan secara rasmi, Kiki yang popular menerusi drama Tidak Ada Sepertimu turut tampil menjelaskan mengenai modal besar kira-kira RM600,000 untuk membangunkan jenama yang diusahakan.
Ini kerana, ada yang mendakwa ia sebenarnya ditaja pempengaruh yang dikenali sebagai Bulan.
“Dia bukan ‘sugar mummy’ saya. Sebahagian besar modal bisnes itu adalah usaha saya sendiri. Bulan sebenarnya rakan kongsi saya yang saya sudah anggap seperti kakak.
“Sebagai seorang influencer yang berpengalaman dalam bisnes, rasanya tak salah untuk saya belajar daripadanya. Pada awal, dia ada berkongsi kepada saya tentang produk kopi tanpa bancuh itu dan bila saya cuba, memang sedap dan yakin boleh pergi jauh.
“Jadi, dari situlah bermulanya kami jadi rakan bisnes dan modal RM600,000 itu adalah modal kami bersama. Lagi pun, saya tak tahu sampai bila bertahan dalam industri seni.
“Tidak timbul soal dia menaja saya atau sebaliknya memandangkan kami pun memang sudah lama berkawan. Saya harap netizen yang menyindir saya di Instagram tu, henti-hentikanlah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan,27, bersimpati dengan tuduhan yang dilemparkan kepada rakannya itu.
“Bagi saya, tuduhan sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Sebab niat kami baik, usahakan bisnes ini dalam masa yang sama membantu masyarakat untuk menjana pendapatan.
“Sepatutnya, masyarakat atau netizen sokong anak muda seperti kami yang berusaha untuk memajukan diri. Bukannya tuduh yang bukan-bukan.
“Saya selesa berkawan dengan Kiki. Dia pun ada potensi untuk jadi usahawan berjaya cuma perlukan masa. Saya pun masih dalam proses belajar,” katanya.
Berkongsi mengenai produk tersebut, Bulan berkata, ejen tidak perlu perlu risau kerana kopi cecair ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan serta mengandungi nektar atau gula kelapa yang bagus untuk kesihatan.
Malah, proses penyelidikan telah dilakukan selama tiga bulan dan dalam tempoh tersebut banyak berlaku penolakan kerana pihaknya mahukan rasa kopi yang terbaik yang tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa.
Selain membantu masyarakat menjana pendapatan, Bulan akui mahu sentiasa berbakti kepada masyarakat seperti menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.
“Insya Allah, ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Melalui kerjasama ini, untuk permulaan saya membeli 100 naskhah Al Quran Braille daripada pertubuhan ini untuk disumbangkan kepada persatuan orang buta yang lain.
“Bagi saya, Al Quran ini sangat penting kerana hidup kita lebih teratur dan terurus selagi kita berpaut dengannya, selain ia merupakan mukjizat paling agung,” katanya lagi.
Lebih menarik, pembeli Liquffe juga berpeluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah seperti Motosikal Honda RS-X, peralatan eletrik rumah, gajet dan banyak lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wak Doyok ‘Steady’ Tolong ‘Food Rider’ Yang Langgar Keretanya, Netizen Doa Moga Murah Rezeki

Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok mendedahkan dia terlibat kemalangan bersama seorang penghantar makanan bermotorsikal (food rider) pada Khamis.
Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Mohd Nor menjelaskan, insiden berlaku apabila food rider terbabit dipercayai melanggar kereta yang yang dinaiki dari arah belakang.
Meski keadaan keretanya agak teruk, Wak Doyok bagaimanapun mengambil pendekatan untuk membantu food rider terbabit yang mengalami kecederaan susulan kemalangan.
“Berlaku satu tragedi petang tadi waktu puncak. Kereta aku dilanggar oleh rider grab dari arah belakang berhadapan Sg Wang Plaza, Bukit Bintan.
“Kereta aku teruklah jugak. Tapi takpe lah. Lagi teruk adik rider tu motor dia rosak teruk tangan dia luka-luka dan terseliuh bahunya.
“Jadi aku settlekan semua semoga dia sihat kembali dan bekerja mencari rezeki. Hati-hati di jalan raya,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Wak Doyok selain mendoakan agar dirinya terus dimurahkan rezeki.
Perkongsian sama turut dikongsikan pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini menerusi Insta Stories selain memuat naik tangkap layar perbualannya bersama food rider tersebut yang memohon maaf atas khilaf.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ulang-Alik Pergi Tandas Belakang,” – Satu Flight Dengan Lee Jae Wook, Perkongsian Noor Hayati Buat Peminat Makan Hati

Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Noor Hayati Kamarzaman akui teruja selepas mengetahui mereka sedang menaiki kapal terbang yang sama dengan pelakon popular Korea Selatan, Lee Jae Wook.
Pada ketika itu, Noor Hayati bersama keluarganya difahamkan sedang dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Korea Selatan.
Jelas Noor Hayati, dia tersedar akan keberadaan Lee Jae Wook sewaktu dia sedang memeriksa keadaan anak-anaknya yang sedang menjamu selera di dalam kapal terbang.
“Nak tengok anak dekat belakang tengah buat apa. Patutlah dia macam risau tengok saya telah rakam video.
“Saya dan suami tak tahu sebenarnya belakang tu artis Korea. Kitaorang ulang alik tandas belakang ni haa.
“Mak mertua dekat sebelah tu, Kak Yatie risau dia pandai tak makan. Yah Rojak lagi selera layan bibimbap dari artis,” tulisnya.
Video tersebut dikongsikan oleh Noor Hayati atau lebih mesra disapa Kak Yatie menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu terlalu menunjukkan perasaan teruja kerana bimbang pelakon tersebut akan berasa terganggu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Noor Hayati.
“Untungnya Kak Yatie.
“Drama dia tengah famous dekat Netflix sekarang. Alchemy Of Souls.
“Kalau saya dah pengsan bangun balik pengsan balik.
“Padahal dekat luar peminat-peminat dia tengah tunggu ketibaan dia. Kak Yatie relex je dalam tu satu flight.
“Kalau kami duduk tempat Kak Yatie mungkin dah menggelupur dah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, nama Lee Jae Wook kini menjadi perhatian dunia selepas drama lakonannya yang berjudul, Alchemy Of Soul kini sedang meledak di aplikasi penstriman, Netflix.
Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Noor Hayati telah pu meraih lebih 200,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noor Hayati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI