
Pelakon dan penyanyi Elyana mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan semua yang mengharapkan semoga dirinya segera pulih dari ujian yang dihadapi.
Menerusi sesi ‘live’ menerusi laman sosial Instagram pada petang Rabu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi perkembangan terkini selain meminta maaf andai terlepas pandang ucapan yang diberikan.
“Terima kasih semua sebab mendoakan saya. Mana ucapan yang tak terbalas tu, saya minta maaf. Sebab terlampau banyak sangat.
“Harap ada yang tak berkecil hati. Semoga apa yang didoakan itu akan dimakbulkan Allah, ameen,” katanya.
Malah ketika sesi berkenaan berlangsung, para peminat tidak putus mendoakan kesihatan serta memberikan kata positif buatnya.
Penyanyi Kalis Rindu ini juga berkongsi rawatan yang diambil sebelum melakukan radioterapi dalam tempoh terdekat selain bercakap mengenai berat badannya ketika ini.
“Berat saya sekarang 35 kilogram. Paling terbaru saya timbang adalah pada semalam,” katanya lagi.
Elyana sebelum ini mendedahkan perkara tersebut selepas menderita penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya dengan memuat naik foto berat badan terkininya itu untuk tatapan umum di Insta Story.
Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit yang dihadapi selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahu Didik Anak Jadi Lebih Baik, PU Abu Titip Pesan Buat Kedua Puteranya,” – Jangan Fikir Apa Manusia Kata Tapi Fikir Apa Allah Kata.”

Bersyukur atas nikmat dari Pencipta yang telah menganugerahkan dua orang anak kandung, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akan cuba mendididik kedua-dua puteranya dengan sebaik mungkin.
Menerusi perkongsian Abu di Instagramnya, dia memuat naik foto kedua-dua anak lelakinya iaitu Muhamad Adam Aysar (hasil perkahwinan terdahulu dengan Ain Afini) dan Muhammad Uwais Al-Mateen (hasil perkahwinan dengan Hana Azraa).
“My heroes.
“Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak2 aku jd lebih baik dari diri aku. Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan,yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak2 aku.
“Pesan abi buat anak2 abi,” dunia hanya tempat persinggahan kita,jangan terlalu kejar dunia sebab matlamat kita adalah akhirat. Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa di hina.
“Jangan fikir apa manusia kata tp fikir apa Allah kata. Ingat,Allah adalah sebaik2 tempat untuk minta dan mengadu. Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak2 abi,jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak2 abi.
“Abi doakan agar anak2 abi jd anak2 yg soleh. Korang sentiasa ada dalam hati abi walau jauh dan dekat. Abi sayang anak2 abi”,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on
Sehingga kini foto tersebut telah mendapat lebih 2,000 tanda suka (likes) dan rata-rata memuji kecomelan dua beradik itu.
Abu sebelum ini pernah berkahwin dengan Ain Afini dan menceraikannya ketika Ain sedang hamil tujuh bulan.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adam Aysar, lapan bulan.
Kemudian, Abu berkahwin dengan Hana Azraa pada Mei 2019 dan dikurniakan anak, Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.
Foto : Instagram Abu Sufyan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bagai Covid-19 Sudah Tiada, Bagai Tuhan Tiada Mata,” – Tular Video Anak Muda Sakan Menari Di Taman Tema Air, PU Amin Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sepotong video yang memaparkan gelagat para remaja yang dilihat sakan menari ketika berkunjung di sebuah pusat taman tema air.
Video berkenaan nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Antara yang turut memberikan respon terhadap video tersebut termasuklah pendakwah dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin.
Menurut PU Amin, kelakuan para pengunjung di pusat tersebut seolah-olah tidak mengendahkan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Malah, mereka juga dilihat seperti tidak mempunyai rasa malu kepada Allah SWT diatas perbuatan mereka itu.
“Mantap anak muda. Berjoget-joget bersuka ria. Bagai Covid-19 itu sudah tiada. Itu yang pertama. Yang kedua, Bagaikan tuhan itu tiada mata.
“Bagaikan seksa dan azab neraka itu tidak wujud selamanya. Syabas anak muda. Orang melayu Islam kita.
“Esok kalau berlaku lagi masalah-masalah yang tuhan turunkan pada kita, itu sebab kita punya dosa la tu. Seronok berjoget-joget,” katanya.
Rasa kesal tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Trek Asatizah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, PU Amin turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Pihak berkuasa tolonglah ambil tindakan segera. SOP pun tak patuh. Kau berjoget pula macam tu dalam air. Mazhab mana ni korang ikut ni.
“Takkan tak sekolah dekat setengah tahun, perangai teruk berubah macam tu. Apa ceritanya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh PU Amin selain turut berharap agar teguran tesebut dapat menyedarkan hati banyak pihak.
“Moga Allah lindungi kita semua.
“Sedihnya, semoga Allah pelihara anak dan seluruh keturunan kita dari segala keburukan.
“Allahuakbar, tak ambil ikhtibar dari apa yang telah Allah turunkan. Ujian yang haris kita lalui,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram PU Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ucap Dedikasi Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, Nourul Deep Dedah Rupanya Zahida Rafik Jadi ‘Penemu Jodoh’, Bahagia Hingga Kini!

Beberapa jam lalu, penyanyi Nourul Deep ada berkongsi perihal ulang tahun perkahwinannya yang ke-7 bersama suami tersayang, Eric Deep.
Menyatakan rasa syukur kerana dipertemukan bersama lelaki yang paling memahami dan mampu membimbing, penyanyi Kerana Terluka ini juga turut mendedahkan, pelakon Zahida Rafik merupakan individu yang bertangunggjawab memperkenalkan keduanya, kira-kira sembilan tahun lalu.
“Hari ini, jam ini; kami selamat diijabkabulkan setelah 18 bulan mengenali hati budi masing-masing.
“Salah satu anugerah yang saya mohon andai ada lagi lelaki yang boleh membimbing dan baik, temukanlah dengannya. Selepas redha dengan segala yang berlaku dalam hidup saya; setelah serahkan segalanya 100% pada Allah; Dia hantarkan hambaNya yang bernama #ericdepp@yestowellness .
“Bermula perjalanan hidup baru yang sangat indah. Membuka mata saya kepada segala yang telah lama saya mahukan di sanubari tapi tak pernah dinyatakan.
“Dia tunjukkan apa itu hidup yang sebenarnya. Terima kasih tuhan kerana hantarkan seorang pembimbing dan ketua keluarga yang sangat benar memimpin dengan baik.
“Suami dan bapa yang baik. Dia lah kawan, dia lah sahabat, dia lah suami. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.
Pada masa sama, Norul turut memberitahu apa yang berlaku terhadap perjalanan hidup sudah pun tertulis.
“Happy anniversary my dear love of my life @yestowellness. Here’s one of the best present for being together for 9 years and 7 years of marriage. There’s no perfect words to describe how happy i am to be with a man that i dreamt for.
“Thank you for being such a great partner, husband, best friend and my confidant. Love you to the moon and back.
“Allah telah tulis semua yang akan kita terima atau dengan sesiapa yang akan kita temui. Semuanya bersebabb. Tak ada yang tidak lojik di dalam kamus takdir Allah. .
Allah temukan juga dengan @zahidarafik sebagai penemu jodoh kami berdua. Rezeki dan pahala yang allah mahu berikan juga kepada zahida setelah menemukan kami.
“Semoga allah berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat buat @zahidarafik . Bila hati baik, semuanya baik. Itulah zahida rafik. Love you my fairy godsister,” kongsi Nourul sambil memberikan kredit terhadap entri foto lama perkahwinan mereka berdua.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41, mendirikan rumah tangga dengan Eric, 54, pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, Raphael Depp, 4 dan Issabella Deep, sebulan.
Menerusi perkahwinan pertama bersama komposer dan penyanyi Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 21 tahun.
Foto: Instagram Nourul Deep
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI