“Terima Kasih Sebab Terima Mama Seadanya,” – 8 Tahun Kahwin, Almy Nadia Titip Ucapan Buat Suami Fizz Fairuz

Share

Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-8, pelakon Datin Almy Nadia menitipkan ucapan istimiewa buat suami tercinta, aktor Datuk Fizz Fairuz.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah berkongsi luahan tersebut menerusi hantaran terkini di akaun Instagram.

Di samping memanjat kesyukuran kerana mahligai cinta yang dibina bersama suami kekal utuh sehingga kini, Almy turut terharu memiliki Fizz sebagai suami yang menerima dia seadanya.

“Happy anniversary sayang yg ke 8. Syukur alhamdulillah.

“Terima kasih sayang sebab terima mama seadanya. Maafkan mama jika ada salah dan silap,” tulisnya.

Pada masa sama, bapa kepada empat orang cahaya mata ini menyifatkan Fizz sebagai seorang suami yang terbaik dan bapa yang bertanggungjawab buat anak-anaknya.

“Sayang, u r the best suami, you are the best papa in the world utk anak-anak. I love u so so much sayang. I love @fizzfairuzofficial

“Mama sentiasa doa agar rumahtangga kita dilindungi,berkekalan hingga ke akhir hayat,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan menjaga seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Almy Nadia

Published by
Nazar Rafiqhi