“Terima Kasih Semua Atas Doa Anda Semua,” – Datin Paduka Eina Azman Kembali Sihat, Sudah Keluar Hospital

Share

Baru-baru ini, pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman dikhabarkan telah dimasukkan ke sebuah hospital akibat deman panas yang dialami.

Selepas empat hari menjalani rawatan di hospital, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman kini dikhabarkan sudah sihat dan sudah boleh kembali ke rumah.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi InstaStories miliknya.

“Assalamualaikum… alhamdulillah Eina dah keluar hospital. Terima kasih semua atas doa u guys semua untuk Eina Insyallah Eina akan mula masak minggu depan #staysafeeveryone,” tulisnya.

Sekadar informasi, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Eina sebelum ini ada memaklumkan mengenai keadaan terkininya menerusi salah satu entri terdahulu.

MH mendoakan agar Eina sentiasa sihat dan berada dalam keadaan baik bersama keluarga tercinta.

Foto: Instagram Eina Azman

Published by
Nazar Rafiqhi