“Terima Kasih Semuanya, InsyaAllah Bertemu Lagi,” – Fizi Sah Tinggalkan Suria FM

Share

Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali memaklumkan dirinya kini sudah secara rasmi meninggalkan stesen radio Suria FM.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin menerusi entri terkini di laman Instagram.

Katanya lagi, selepas hampir tujuh tahun berkhidmat, kini sudah tiba masanya dia mengundurkan diri.

“Terima kasih untuk semuanya. InsyaAllah bertemu lagi. 2016-2022. Sign off,” tulisnya.

Menerusi posting yang sama, Fizi turut berkongsi sebuah video yang memaparkan proses ‘punch card’ terakhir di stesen radio swasta itu.

Malah, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat rakan penyampai yang telah berkhidmat bersamanya selama ini.

“Terima kasih sahabat. Doaku dari jauh untuk korang,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menzahirkan rasa sayu selain turut mendoakan semoga Fizi akan terus sukses dalam apa jua bidang yang akan diceburinya nanti.

“Patutlah lama tak dengar suara. Antara deejay yang best. Good luck.

“Sedihnya. Semoga berjaya bang.

“Laa suara sedap dah tiada dekat radio.

“Tak dengar dah suara Fizi dekat radio selepas ni. Good luck Fizi.

“Sedih la macam ni bila tak dengar suara Fizi pagi-pagi lagi. Apapun, goodluck in your next adventure. Semoga dipermudahkan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Fizi merupakan salag seorang penyampai yang mengendalikan segmen pagi, Team Pagi Suria bersama gandingan Ajak Shiro dan Suraya Borhan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizi Ali

Published by
Aizam Manaf