Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel ada mengucapkan tahniah buat kesemua lagu yang berjaya bersaing di Semi Final Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang dijangka berlangsung Februari tahun hadapan.
Dedikasi tersebut dibuat bintang ini bersama sepotong video pendek yang merakamkan dirinya mengelap trofi kemenangannya di AJL yang lalu di Instagram.
“Terima kasih semuanya, tahniah kepada para finalis, moga Allah bersama kalian selalu!
“Assalammualaikum,” tulisnya sambil disertakan dengan beberapa tanda pagar iaitu #sfmm35 #sembahxnaim #menunggunaim.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti memberikan reaksi selain menitipkan kata-kata semangat buat Naim yang pernah mengungguli AJL34 menerusi lagu Sumpah.
Terdahulu, 12 buah lagu yang layak bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun diketahui dan ia diumumkan sejurus saingan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang bersiaran langsung di TV3, malam tadi.
Ads
Naim turut bersaing pada pusingan kedua SFMM pada 21 November menerusi lagu Sembah hasil ciptaannya bersama Iqie Hugh.
Bagaimanapun, Sembah yang turut menampilkan Man Keedal itu gagal terisi sebagai antara 12 lagu yang layak ke AJL35.
Foto: Instagram Muzik Muzik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Deen berkongsi khabar duka apabila memaklumkan seluruh ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini telah disahkan positif Covid-19.
Jelas Deen atau nama sebenarnya, Nordin Haji Madian, pada Khamis lalu, adiknya merupakan individu pertama di dalam keluarganya yang telah disahkan positif wabak tersebut kemudian diikuti pula oleh bapa, ibu, adik bongsu, kakak dan juga anak buahnya.
Katanya lagi, kesemua keputusan tersebut diperoleh setelah mereka menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu.
“Assalamualaikum semua. Semalam saya dapat satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Sebab khamis minggu lepas adik saya disahkan positif Covid-19.
“Kemudian satu rumah pergi buat swab test pada hari Sabtu. Semalam pula, ayah, mak, adik bongsu, kakak dan anak buah saya juga positif,” katanya.
Perkhabaran tersebut dikongsi oleh penyampai radio Hot FM itu menerusi ruangan Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Deen turut meluahkan rasa kegusaran terhadap kesihatan kedua ibu bapanya itu namun dia kini boleh menarik nafas lega selepas mereka dikatakan tidak mengalami sebarang gejala.
Platform media sosial, Tik Tok kini merupakan antara medium yang mendekatkan para artis dengan peminat.
Mereka kini boleh berhubung secara terus menerusi sesi siaran langsung dan ia juga mampu menjadi salah satu punca pendapatan melalui pemberian hadiah berbentuk koin.
Bercakap mengenai trend tersebut, pelakon Riezman Khuzaimi akui kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan hanya menantikan ‘gift’ tanpa berkongsi perkara bermanfaat.
Menurutnya, situasi ini yang membuatkan ramai pihak memberikan persepsi negatif dan menganggap para artis seperti meminta sedekah.
“Sejujurnya saya pun terasa dengan kenyataan tersebut. Bukan kerana mulut orang tapi saya yang rasa sendiri. Saya tak seronok bila buat live, kita hanya menunggu ‘gift’ sahaja walaupun saya tak minta.
“Namun, ada juga Tik Tokers yang mengambil kesempatan dengan meminta gift secara terus.
“Orang penat bekerja siang malam untuk dapat gaji pada hujung bulan tapi mereka sanggup habiskan RM500 untuk coin Tik Tok dan beri kepada kita,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Baik Punya Cilok itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta bagi agensi Tik Tok, Kami Sempoi, baru-baru ini.
Lantaran itu, Riezman menyeru para hos Tik Tok untuk berfikir secara kreatif dengan mencipta kandungan menarik buat tontonan pengikut di aplikasi tersebut.
“Sampai bila kita nak macam ni? Mereka hanya menerima gift tanpa buat apa-apa. Jadi, bila saya ada agensi sendiri, saya tanamkan dalam diri para hos ini untuk mencipta konten ketika siarang langsung.
“Jangan hanya duduk sahaja dan cuma menjawab soalan. Kemudian, tunggu orang memberikan ‘gift’. Itu menampakkan kita seperti minta sedekah. Trend ini tidak elok.
“Jika situasi ini berterusan, ia kelihatan seperti Tik Tok ini sudah tiada kebaikkan lagi. Orang pun akan beri persepsi kita ini hanya nak hadiah sahaja.
“Ramai yang tahu Tik Tok ini juga merupakan platform untuk menjana pendapatan tapi jangan sampai mengemis,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu hos Tik Tok di Malaysia ini terikut-ikut dengan budaya luar yang mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi.
“Banyak contoh yang tidak baik telah berlaku di luar negara. Ada yang menggunakan budak kecil yang dibalut kepala. Kemudian bagitahu yang anak tersebut sakit.
“Orang pun terpedaya dan berikan gift banyak-banyak. Namun, di Malaysia ini, peraturannya ketat. Banyak perkara yang tidak boleh dilakukan.
“Sebagai contoh, saya tak boleh gunakan benda tajam ketika memasak, kongsi video seksi, asap rokok dan banyak lagi.
“Jadi, sebab itu saya didik para host ini untuk mencipta konten agar mereka dapat menjana pendapatan yang berkat dan tidak seperti minta sedekah,” akhirinya.
Selain Riezman, seorang lagi selebriti iaitu Nita Hamzah turut telah dipilih selaku duta Kami Sempoi.
Kami Sempoi merupakan agensi yang membantu hos siaran langsung TikTok bagi menguruskan kerjaya mereka sekali gus menjana pendapatan di platform digital itu.
Ketika ini, Kami Sempoi menguruskan hampir 2000 hos siaran langsung Tik Tok di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir golongan lelaki yang gemar menghantar komen-komen berbaur lucah di akaun media sosial milik penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan.
Menurut PU Rahmat, kelakukan mereka ini boleh disifatkan amat keterlaluan terutamanya buat mereka yang telah pun berumah tangga.
Katanya lagi, sebagai seorang lelaki, kita hendaklah sentiasa menjaga pandangan kerana satu hari nanti kita juga akan berkeluarga dan berkemungkinan besar turut akan dikurniakan anak perempuan.
“Sudah melampau kiranya saya lihat komentar lelaki muslim di Page Saudari Elizabeth Tan. Lebih parah ada kalangan memberi komentar lucah daripada kalangan suami orang berpangkat seorang ayah.
“1) Wahai suami, labuhkanlah pandangan mata daripada memandang aurat selain daripada isteri anda yang halal. 2) Sukakah kita anak perempuan kita kelak diberi komentar lucah?
Teguran tersebut disuarakan oleh PU Rahmat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, PU Rahmat turut menyarankan agar Elizabeth dapat mengurangkan posting-posting yang boleh mengundang komen-komen negatif meskipun dia mengetahui bukanlah haknya untuk menegur mengenai perihal tersebut.
“Dan yang terakhir , saudari Elizabeth Tan. Saya tiada hak untuk menasihati anda tetapi saya percaya awak tidak berniat buruk dalam setiap posting.
“Hanya jika dapat kurangkan posting yang menjemput komentar daripada lelaki bermata miang itu lebih baik.
“Wanita itu terlalu mahal harganya dan tinggi martabat. Wanita bukanlah objek nafsu tetapi wanita adalah lambang kekuatan dan keindahan yang beradab susila. SELAMAT HARI WANITA,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa yang sama selain turut berharap agar teguran PU Rahmat ini dapat membuka hati individu-individu yang terlibat.
Sumber: Instagram Pu Rahmat Ikhsan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!