“Terima Kasih Semuanya, Tahniah Kepada Para Finalis,” – Naim Daniel

Share

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel ada mengucapkan tahniah buat kesemua lagu yang berjaya bersaing di Semi Final Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang dijangka berlangsung Februari tahun hadapan.

Dedikasi tersebut dibuat bintang ini bersama sepotong video pendek yang merakamkan dirinya mengelap trofi kemenangannya di AJL yang lalu di Instagram.

“Terima kasih semuanya, tahniah kepada para finalis, moga Allah bersama kalian selalu!

“Assalammualaikum,” tulisnya sambil disertakan dengan beberapa tanda pagar iaitu #sfmm35 #sembahxnaim #menunggunaim.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti memberikan reaksi selain menitipkan kata-kata semangat buat Naim yang pernah mengungguli AJL34 menerusi lagu Sumpah.

Terdahulu, 12 buah lagu yang layak bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah pun diketahui dan ia diumumkan sejurus saingan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang bersiaran langsung di TV3, malam tadi.

Naim turut bersaing pada pusingan kedua SFMM pada 21 November menerusi lagu Sembah hasil ciptaannya bersama Iqie Hugh.

Bagaimanapun, Sembah yang turut menampilkan Man Keedal itu gagal terisi sebagai antara 12 lagu yang layak ke AJL35.

Foto: Instagram Muzik Muzik

Published by
MH