Elly Mazlein akui kini kian selesa menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Papa Awan Nano.
Lalu Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram, memberi dedikasi.
Menerusi entri tersebut, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini memaklumkan dia usia perkenalan dia bersama jejaka tersebut sudah mencecah usia 1 tahun.
“Tq sepnjng 1 thn sesi suai kenai.. moga segala urusan & Impian dpermudahkn Amin Selamat 1 taun kenai, wahai Papa #AwanNano,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira melihat kemesraan kekasih Elly bersama anak tunggalnya, Sephia.
Di samping itu, peminat juga turut mendoakan agar semua urusan dan impian bintang drama bersiri Teratai Kemboja ini dipermudahkan.
Sebelum ini, penyanyi berusia 38 tahun ini pernah memaklumkan bahawa dia merancang untuk berkahwin bersama jejaka tersebut pada tahun 2020.
Untuk rekod, Elly diijakabulkan bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Safhia Azmi, 2.
Namun pada 15 Oktober 2015, keduanya mengambil keputusan untuk bercerai.
Foto : Instagram Elly Mazlein