Pendakwah bebas, Ebit Lew ada mengingatkan pelawak dan penyampai radio, Shuib bahawa Allah SWT sentiasa menyayangi hambaNya.
Perkata tersebut dikongsikan Ebit menerusi salah satu status di ruangan Insta Stories akaun Instagram pendakwah berkenaan.
Terdahulu, Ebit sebelum ini turut aktif dalam menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan termasuk ketika negara berdepan pandemik Cocid-19.
Pada masa sama, Ebit turut merakamkan ucapan terima kasih buat suami kepada penyanyi, Sarah Raissuddin itu yang memuat naik posting berkenaan kerja amal Ebit di laman Instagram milik pelawak dan penyampai radio itu sebelum ini.
“Terima kasih Shuib. Allah sayang Shuib dan keluarga. Allah tambah rezeki dan kebaikan mencurah-curah.
“Terima kasih atas sumbangan,” tulisnya dalam paparan berkenaan.
Ucapan Ebit itu difahamkan merujuk kepada sumbangan dan sokongan yang ditunjukkan Shuib yang mengajak orang ramai menyokong usaha Ebit yang terus menyalurkan sumbang kepada yang memerlukan pada saat sukar.
Malah, Shuib turut menyerta nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi Ebit bagi tujuan amal itu dalam muat naiknya.
Katanya, kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun CIMB 8603546376.