Tahukah anda, industri animasi tanah air kini bukan sahaja dapat menarik perhatian penonton tempatan, malah ia juga telah berjaya menambat hati jutaan penonton di seluruh dunia.
Buktinya, baru-baru ini, nama bintang bola sepak Manchester United, Paul Pogba hangat diperkatakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia bukan kerana aksi lincahnya di atas padang tetapi disebabkan seri animasi yang ditontonnya bersama keluarga.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Pogba yang memiliki jumlah pengikut seramai 48.1 juta itu dilihat sedang menonton siri animasi Islamik popular negara yang berjudul Omar dan Hana.
Perkongsian tersebut nyata menzahirkan rasa teruja buat suluruh rakyat Malaysia malah ia juga disifatkan sebagai pendedahan yang terbaik buat siri animasi terbitan syarakat produksi Digital Durian itu.
Ads
Dalam satu hantaran di laman Instagram, pihak Omar Dan Hana turut meluahkan rasa teruja mereka terhadap posting yang dimuat naik oleh pemain antarabangsa Perancis itu.
“Meremang Min dengar bila player bola kegemaran Min pun tengok Omar & Hana. ada peminat #ManchesterUnited tak kat sini?,” tulis pengendali akaun tersebut.
Sementara itu, netizen turut dilihat membanjiri ruangan komen Instagram bapa kepada dua orang cahaya mata itu.
Ads
“Pogboom, nanti boleh buat character dalam Omar Dan Hana ni.
“Omar & Hana. Thank you for watching Malaysian cartoon. May Allah bless you king Pogba.
“Bangga aku jadi orang Malaysia.
“That is Omar Dan Hana from Malaysia,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Ads
Setakat ini, entri berkenaan telah pun meraih lebih 800,000 takda suka selaik turut dihujani ribuan komen.
Sekadar informasi, siri Omar dan Hana ini membawa penonton mengikuti perjalanan Omar, Hana, keluarga dan rakan-rakan ketika mereka belajar tentang nilai Islam dan ciri-ciri Islam yang baik.
Selain bahasa Malaysia, siri animasi ini juga turut diterbitkan dalam beberapa bahasa lain antaranya Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Urdu.
Sumber: Instagram Paul Pogba & Omar Hana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini pelakon, Maya Karin, dia ada meluahkan rasa syukur apabila Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia kerana telah berjaya memberkas pemburu haram.
Difahamkan, operasi tersebut adalah bagi membanteras kegiatan haram di Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu.
Di samping itu, aktres berusia 39 tahun ini turut memberi ucapan terima kasih kepada pihak berkenaan kerana berjaya melindungan haiwan liar daripada menjadi mangsa pemburu haram.
“Terima kasih semua yang menolong menangkap pemburu haram!! We need more of you!
“Repost @perhilitan_malaysia Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah berjaya menangkap enam orang penceroboh warganegara Kemboja di kawasan Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu, Terengganu pada 19 Okt lalu yang disertai oleh PDRM dan NGO RIMBA.,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen foto tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tak puas hati dengan sikap pemburu haram yang bersikap zalim terhadap haiwan liar.
Foto: Instagram Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi mempromosikan lagu single terbaru Ariana Grande berjudul 7 rings, Ariana telah cacah tatu baru bagi perkataan 7 rings dalam bahasa jepun.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu By My Side itu telah memuat naik gambar tatu tersebut di Instagram miliknya.
Lantas, peminat mendapati tatu tersebut membawa maksud salah iaitu ‘Japanese style BBQ grill’.
Setelah itu Ariana telah membuang gambar tersebut dari akaun Instagram miliknya.
Menurut sumber TMZ, Ariana telah cuba memperbaiki tatu tersebut dan rupanya masih salah kerana perkataan tatu tersebut bermakna ‘Japanese BBQ finger’ setelah ia dibaiki.
Jadinya, Ariana telah mendapat satu tawaran dari sebuah syarikat pembuangan tatu, Laser Away yang mahir dalam bidang pembuangan tatu.
Laser Away telah menawarkan rawatan pembuangan tatu yang mencecah lebih 1 Juta USD kepada Ariana dan sekaligus mahu menjadikan Ariana sebagai jurucakap untuk syarikat tersebut selama 1 tahun.
Sehingga kini, tiada lagi kepastian dan jawapan dari pihak Ariana Grande mengenai perkara ini.
Sumber: Twitter TMZ
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bakal melahirkan anak sulung tidak lama lagi, pengacara Dayah Bakar bersyukur atas nikmat yang diberiNya.
Meminati sukan seperti badminton dan boxing, pemilik nama penuh Nur Hidayah Abu Bakar mendedahkan bahawa ketika itu, dia mengetahui dirinya hamil buat pertama kali.
“Sesekali menghirup udara segar , ahhh nyaman sekal. Siapa yang follow Dayah , mmg tau Dayah jenis yang active, selalu pergi boxing, piloxing, zumba, badminton and apa2 yang boleh kasi peluh .
“Fakta : Dayah pernah 3 hari straight pergi boxing, and tak sedar waktu tu dah pregnant.
“Alhamdulillah takda apa2 . Doc kata mungkin badan Dayah dah terbiasa waktu tu,” tulisnya.
Mahu berhenti seketika melakukan aktiviti sedemikian, pengacara Borak Kopitiam itu hanya melakukan aktiviti ringan seperti yoga.
“Jadi sekarang , Dayah take a break sekejap . Just buat basic stretching atas yoga mat je . Instructor pun ikut Youtube and monitored by my Tchanif.
“What do you guys think ? Bagi Dayah, bagus untuk pregnant woman to take a fresh air and brisk walking.
“Tapi kan ….. Semalam kan waktu pergi taman , baru sampai je terus cakap “ Sedapnya kalau dapat Ice Cream Roti “ . Sengkuang calit takda jual ke ? ,” kongsinya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...