
Pelakon dan pengacara, Neelofa meluahkan rasa sedih apabila mengetahui majalah tertua di Malaysia, Mastika akan menghentikan pengeluarannya selepas 77 tahun beroperasi.
Menurut Neelofa, majalah tersebut merupakan penemannya pada setiap hujung minggu sewaktu bersekolah di asrama.
Kenyataan itu telah dimuat naik oleh pengacara tersebut di laman Twitter miliknya.
? zaman stay di asrama, boleh dikatakan antara buku peneman di hujung minggu. Thank you for all the wonderful memories Majalah Mastika! https://t.co/WXKzIQsgCk
— Neelofa (@Neelofa) November 4, 2018
“Zaman duduk di asrama boleh dikatakan buku peneman di hujung minggu. Terima kasih untuk segala memori indah Majalah Mastika!,” tulisnya di Twitter.
Tambah Neelofa, dia turut berterima kasih kepada pihak majalah tersebut kerana telah memberinya banyak kenangan dan memori indah ketika remaja.
Selain Neelofa, rata-rata rakyat Malaysia turut berduka cita mendengar perkhabaran tersebut.
Mastika yang merupakan sebuah Majalah terbitan Utusan Karya bakal menghentikan pengeluaran pada edisi terakhir November 2018 selepas 77 tahun beroperasi tanpa gagal.
Sementara Lofa pula mulai terjun kedunia hiburan selepas menjadi juara dalam pencarian Dewi Remaja 2009/2010 yang dibawakab oleh Majalah Remaja.
Foto: Twitter Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nyanyi Masa Prelude AF4,” – Jasa Ibnor Riza Besar Buat Diddy Hirdy, ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ Bawa Tuah

Penyanyi, Dr. Diddy Hirdy menyifatkan lagu Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Allahyarham Ibnor Riza mempunyai kesan yang amat besar buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Menurut Diddy, tuah lagu tersebut telah mengangkat namanya sewaktu menyertai program nyanyian popular Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4).
“Lagu bertuah untuk saya, Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Ibnor Riza. Dinyanyikan di Konsert Prelude AF4.
“Memang gemuruh habis masa ni tapi berjaya melayakkan Diddy dipilih menjadi Top 12 AF4 tahun 2006.
“Sampai sekarang masih lagi menjadi antara lagu yang selalu direquest oleh client/peminat bila show,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Diddy menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Terdahulu, Allahyarham Ibnor Riza telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Selasa.
Allahyarham Ibnor Riza dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Dalam pada itu, Diddy turut memaklumkan dirinya amat terkesan selepas mengetahui tentang pemergian Ibnor Riza.
“Terima kasih Allahyarham Ibnor Riza untuk karya evergreen ini. Manfaatnya besar untuk diri saya sebagai anak seni.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Diddy merupakan salah seorang peserta AF4 sezaman dengan Faizal Ramly, Haziq Rosebi dan Salima Habibi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Diddy Hirdy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Tengok Datin Zizie Izette Sambut Hari Jadi Anak Kembar, Meriah Habis!

Suka Tengok Datin Zizie Izette Sambut Hari Jadi Anak Kembar, Meriah Habis!
Pelakon dan usahawan, Datin Zizie Izette telah meraikan sambutan hari jadi anak kembarnya, Aadam dan Aeleph, semalam.
Lalu, Zizie berkongsi momen majlis hari jadi tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Liveupdate: Celebrating my twins with their loved ones and friends as #aadamaalephturntwo! Event Planner & Decorator : @AinaCoPartyNSuch,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Bukan itu sahaja, majlis hari jadi tersebut disambut begitu meriah, mengambil tema kartun animasi ‘Paw Petrol’.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Di samping itu, ibu dan adik kepada Zizie, pelakon Khaty Fauziah dan Shaheizy Sam turut hadir ke bersama memeriahkan sambutan majlis hari jadi itu.
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
View this post on InstagramA post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Selepas itu, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac yang lalu.
Foto: Instagram Zizie Izette
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Daripada Aku Anak Setinggan, Tak Ada Apa Sehinggalah Jadi Superstar…,” – Datuk Rosyam Nor Hargai Peminat, Bantu USANITA Angkat Perintis IKS

Selebriti dan usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak kisah apabila wajahnya digunakan oleh peniaga Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kalangan M40 dan B40 terpilih demi merancakkan perjalanan jualan produk yang dijual.
Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya sejak dulu hingga berjaya mencipta reputasi tersendiri dalam industri seni.
Bagaimanapun, Rosyam yang juga rakan strategik USANITA memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk mengawal selain mengenal pasti produk yang dirasakan ada potensi untuk diketengahkan.
“Kalau tiada mereka, rasanya saya boleh jadi Rosyam Nor seperti sekarang tak? Daripada aku anak setinggan, tak ada apa sehinggalah jadi superstar di negara ini dan sudah ada ‘branding’ sendiri, adakah berdosa untuk saya tolong mereka?
“Biarlah wajah saya bertempek walau seribu produk pun saya tidak kisah. Mereka sudah tolong (sokong) saya dan kini masanya untuk saya buat perkara sama. Bagi saya itulah hubungan atau sumbangan yang boleh saya lakukan sebagai selebriti kepada peminat.
“Tak kisah atas niat untuk membantu bersama USANITA. Pihak mereka membuka ruang buat peniaga dan saya hanya meneruskannya sahaja. Malah, usaha ini dilakukan sejak fasa pandemik Covid-19 lagi.
“Cuma sudah tentu akan ada beberapa ketetapan yang kita telah lakukan, tak boleh main ambil (wajah pelaris) begitu sahaja. Team USANITA memilih yang bersesuai dan saya terbuka. Kiranya ia terkawal daripada segi penjenamaan,” katanya kepada MH.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka USANITA di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama hadir berkongsi ialah dua rakan strategik lain iaitu hos Awal Ashaari dan Zoey Rahman.
Bintang filem The Original Gangster ini juga sudi memberi peluang untuk menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis USANITA yang memberi tambah nilai (added value) kepada usahawan, secara eksklusif.
Dalam pada itu, bagi memperkasakan usaha tersebut, pihaknya turut menambahbaik aplikasi USANITA Mall yang dilancarkan sepenuhnya pada Februari lalu.
Ia khusus bagi memberi peluang kepada perintis USANITA menggunakan platform berkenaan dengan memperoleh pelbagai manfaat dan pendapatan lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan mahu memastikan USANITA Mall bukan seperti lambakan produk di pasar malam, yang tidak nampak eksklusif apabila pelayar melayari platform e-dagang berkenaan.
“Kami tak mahu ia jadi ‘rojak’ sebab kami tahu golongan ini mahu mencipta penjenamaan. Jadi kami sendiri buat ‘branding’ mereka, buat packaging baharu dan sebagainya. Kiranya, kami menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik.
“Pada masa sama, kami akan beri tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian.
“Mereka juga sebenarnya perlu pengiktirafan, kerana ramai yang tidak tahu kewujudan mereka (wujud sudah lama tapi tidak diketahui umum), sedangkan produk mereka setanding dengan produk di pasaraya,” katanya.
Adzliana turut menambah, ramai yang sudah mula membuka mata mengenali produk IKS bukan semata-mata jual kerepek selepas mengenali USANITA, tetapi juga tawaran perkhidmatan secara tersasar.
Setakat ini, pihaknya juga telah mempunyai kira-kira 1,800 perintis dan pihaknya akan mengadakan majlis apresiasi kepada perintis USANITA terpilih, berdasarkan laporan kewangan IKS yang berjaya mencecah jualan sehingga RM300,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI