“Terima Kasih Untuk Segala Memori,”- Neelofa Sedih Majalah Mastika Tutup Selepas 77 Tahun

Share

Pelakon dan pengacara, Neelofa meluahkan rasa sedih apabila mengetahui majalah tertua di Malaysia, Mastika akan menghentikan pengeluarannya selepas 77 tahun beroperasi.

Menurut Neelofa, majalah tersebut merupakan penemannya pada setiap hujung minggu sewaktu bersekolah di asrama.

Kenyataan itu telah dimuat naik oleh pengacara tersebut di laman Twitter miliknya.

“Zaman duduk di asrama boleh dikatakan buku peneman di hujung minggu. Terima kasih untuk segala memori indah Majalah Mastika!,” tulisnya di Twitter.

Tambah Neelofa, dia turut berterima kasih kepada pihak majalah tersebut kerana telah memberinya banyak kenangan dan memori indah ketika remaja.

Selain Neelofa, rata-rata rakyat Malaysia turut berduka cita mendengar perkhabaran tersebut.

Mastika yang merupakan sebuah Majalah terbitan Utusan Karya bakal menghentikan pengeluaran pada edisi terakhir November 2018 selepas 77 tahun beroperasi tanpa gagal.

Sementara Lofa pula mulai terjun kedunia hiburan selepas menjadi juara dalam pencarian Dewi Remaja 2009/2010 yang dibawakab oleh Majalah Remaja.

Foto: Twitter Neelofa

Published by
Aizam Manaf