“Terima Kasih Ya Allah,” – Isteri Pernah Keguguran November Lalu, Cef Naem Kongsi Orang Rumah Bakal Bersalin Anak Perempuan Oktober Ini

Share

Tahniah diucapkan buat cef selebriti, cef Naem berkongsi khabar gembira apabila isterinya kini hamil. Difahamkan usia kandungan isterinya kini mencecah hampir 5 bulan.

Memetik Harian Metro sebelum ini, dia pada awal tidak menyangka isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli disahkan hamil secepat ini selepas mengalami keguguran pada November tahun lalu.

“Alhamdulillah berita yang amat menggembirakan, namun saya masih lagi terkejut apabila rezeki untuk menimang cahaya mata diberi dalam tempoh yang singkat kerana isteri baru saja keguguran sekitar November, tahun lalu.

“Namun, saya anggap rezeki ini sudah tertulis selepas hampir setahun menantikan kehadiran zuriat. Mungkin lain orang, berbeza-beza keadaannya.

“Apapun, sukar untuk saya gambarkan perasaan ini apabila bakal bergelar bapa tak lama lagi. Doakan semoga proses kehamilan ini berjalan lancar dan Inshaa-Allah bayi dijangka lahir pada Oktober depan,” katanya seperti yang dipetik.

Terbaru, hos program Apa Nak Makan Ni menerusi Instagram ada berkongsi perihal perkembangan terkini perihal kandungan si isteri apabila memuat naik video imbasan ultrasound.

Sambil mengucapkan syukur, dia turut menzahirkan rasa gementar dan meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buat isteri dan anak yang dikandung.

Dia turut mendedahkan jantina anak yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Alhamdulillah. thank you ya Allah. Nervous pulak rasa nya. Apa pun tolong doa kan yang baik baik utk wife @syazwanizulkaffli dan bakal anak ya.

“Thanks guys. Oh yaa. btw, its a Baby Girl. #blessed,” kongsinya. 

Naem dan Syazwani mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2018 di Jempol, Negeri Sembilan.

Foto: Instagram Cef Naem

Published by
MH