Bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Risteena ada menitipkan ucapan istimewa buat Isa Khan atau nama sebenarnya Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan.
Sambil memuat naik foto keraian, kek hari jadi berupa PlayStation edisi kelima (PS5) kepada suaminya turut menjadi perhatian!
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, kakak kepada pelakon Ruhainies ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang baik serta penyayang.
“Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan seorang pasangan yang sangat hebat. Terima kasih Ya Allah kerana menulis nama Mohamad Fara Aidid sebagai jodoh aku di Lauhul Mahfudz.
Ads
“Aku sangat beruntung kerana ada seorang suami yang sangat penyayang dan memberikan aku cinta yang sangat luar biasa. Akan aku jaga hubungan ini hingga ke syurgaMu Ya Allah.
“Suamiku, saya berjanji seumur hidup akan selalu menemani dan menyayangi mu sayang.
Selamat ulang tahun, Ya Qalbi @theisakhan PS5 Birthday Cake by Amazing
@madaboutcake_official,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama memberikan dedikasi selamat hari jadi buat pelakon berkenaan.
Ads
Malah tak kurang yang mendoakan agar bahtera perkahwinan pasangan selebriti ini kekal buat selamanya.
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba seorang pengguna Twitter telah meninggal ciapan yang nyata mengejutkan hati ramai pihak.
Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan dikatakan ingin ‘merembat’ anak kepada pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden.
“Anak Sharnaaz si Jebat tu kalau aku rembat kepala dia eeeiiiii,” tulisnya individu tersebut.
Tidak lama kemudian, ciapan tersebut telah sampai ke pengetahuan Sharnaaz sendiri.
Sebagai ayah, Sharnaaz turut memberikan reaksi balasnya terhadap tweet individu berkenaan.
Jelas pelakon filem Jebat ini lagi, dia sendiri kurang pasti mengapa individu berkenaan meninggalkan komen sedemikian.
“Kenapa ya? Kalau saya rembat kepala awak boleh? Bila boleh,” balas Sharnaaz.
Melihat di ruangan, rata-rata netizen menyelar tindakkan tersebut malah ada juga yang beranggapan individu berkenaan mungkin hanya ingin bergurau cuma penggunaan ayatnya yang salah.
“Rasanya dia Geram atas kecomelan anak sharnaaz kot. Tapi tu la, ayat dia tak kena. Kan Bapak dia dah mai.
“Woah! Hebat-hebat nak rembat anak orang, try tengok.
“Level geram dia lain macam.
“Aku rasa sebab dia geram je tuuu. Tapi kalau dia tak geram sebab kecomelan, kita tembak dia ramai-ramai.
“Dengan budak kecik innocent pun nak main rembat-rembat dah kenapa?,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Bagaimanapun, ciapan tersebut akhirnya telah pun dipadam oleh individu terbabit.
Untuk rekod, Sharnaaz dan bekas isteri, Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat pada 30 Ogos 2018.
Manakala, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 36, sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, pada 19 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang popular era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman, 57, kini kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu dan muzik yang lebih menerusi Makna.
Single berkenaan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Red Rahimad, Pown Hasril, Otromen, Aman Nassim dan Ariff Peter.
Menariknya, lagu yang diterbitkan COF Music itu turut menampilkan Salwa berkolaborasi dengan penyanyi dan rapper muda, Red Rahimad.
Salwa berkata, kemunculannya menerusi lagu berkenaan disifatkan sebagai rezeki selain akui kolaborasi bersama Red Rahimad sebagai pengalaman baharu buat dirinya.
“Kata orang rezeki memang tak salah alamat. Sebenarnya saya dah mula nak kurangkan pembabitan dalam bidang seni ini selain sudah kurang berminat nak keluarkan album atau lagu sebenarnya.
“Tapi, anak saudara saya iaitu Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim yang nak sangat saya untuk keluarkan lagu terbaharu bersama dengan Red Rahimad.
“Jadi, semangat itu datangnya daripada anak saudara saya sebenarnya. Kalau pada saya semangat untuk menyanyi tu sudah 50/50 tapi saya tetap buat ‘show’.
“Bila dah diberikan lagu dan lirik, saya tengok macam sesuai dengan jiwa walaupun ada penyanyi rap di situ. Tapi saya di bahagian yang lain iaitu dangdut.
“Lagu ini ada rentak latin pop dan dangdut sikit. Rasanya ia bersesuaian dengan saya. Pada mulanya saya ingat kena rap, rupanya tak ada. Jadi inilah bahagian saya dan hip hop pula Red Rahimad.
“Rasa teruja bila diundang untuk bernyanyi bersama Red Rahimad. Ia satu percubaan baharu dan kelainan dalam hidup,” katanya yang kali terakhir merakam lagu lebih enam tahun lalu.
Sekian lama tidak berada di studio, Salwa mengakui sedikit ‘gabra’ ketika proses rakaman dijalankan.
“Bila dah dapat lagu, lirik dan melodinya rasa terujalah pula. Saya pun memang lama tak masuk studio jadi gabra itu tetap ada. Tapi disebabkan ada kerjasama daripada penerbit, pencipta lagu dan anak saudara semangat itu datang balik.
“Kadang-kadang sebagai penyanyi ini bila dah masuk studio, semangat itu dah jadi lain. Jadi saya buat sebaik yang mungkin sebab dah diberikan kepercayaan. Pada saya ia satu pembaharuan bila kita bergabung dengan penyanyi rap ini.
“Alhamdulillah rakaman berjalan dengan baik dan tak memakan masa yang lama. Ia disebabkan rentak lagu ini dangdut hiphop berunsurkan latin pop jadi genre itu sama sahaja macam dangdut cuma dia ada latin sikit. Pada saya ia mudah untuk menghayati lagu ini,” katanya lagi.
Malah, isteri kepada kepada bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz ini turut berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong kerjaya seninya dari mula sampai sekarang.
“Macam suami dia tak pernah mengongkong saya kalau nak masih nak menyanyi. Dia sentiasa memberikan saya semangat yang padu untuk meneruskan bidang seni ini. Itu salah satu sebab yang membuatkan saya gembira, tak tertekan dan anak-anak pun mengalakkan.
“Saya buat secara sukarela dan gembira. Insya-Allah mudah-mudahan ada rezeki, kerjasama daripada pihak wartawan dan kerjasama daripada pihak radio untuk putarkan lagu ini.
“Mungkin sampai masanya untuk berundur, saya akan berundur. Sebab saya tak adalah sampai ke tua nak menyanyi. Saya ada sasaran sendiri dan sampai masa akan berundur.
“Kepada peminat yang masih mengikuti perkembangan saya, inilah hadiah untuk mereka yang ingin mendengarkan suara saya yang terbaharu. Semoga peminat dapat terima dengan imej dan rentak baharu ini.
“Terima kasih kepada yang masih bertanya di media sosial, itu tandanya saya masih diminati, alhamdulillah. Harap lagu ini memberikan makna yang baik untuk saya,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kakak kepada Neelofa, Noor Nabila mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesembuhan buat anak tunggalnya, Jebat Jaden yang mengalami kecederaan di bahagian dahi dan hidung selepas terjatuh beberapa hari lalu.
Sambil memanjatkan rasa syukur, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu turut berkongsi keadaan kesan terkini yang dialami Jebat.
“Hari ke3…. masih hensem. Alhamdulillah hehe.
“Thank you kepada semua yang mendoakan anak jantan saya,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat turut memberikan reaksi selain turut mendoakan semoga Jebat cepat sembuh daripada kecederaan yang dihadapinya.
Terdahulu menerusi posting sebelum ini di Instagram, Nabila memaklumkan anaknya itu jatuh tersembam ketika sedang berlari di hadapan kediamannya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...