
Pelakon veteran, Noryati Taib atau lebih sinonim dengan sapaan Mak Cik Petir dilaporkan sudah bebas Covid-19 selepas hampir dua minggu dirawat di hospital.
Menurut anak saudaranya yang juga merupakan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin menerusi akaun Instagramnya @budakijat, ibu saudaranya itu dilaporkan telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Yabeda bedu. Mak Uda (Mak Cik Petir) saya dah sihat. Pak Uda saya tengah ke hospital ambil dia.
“Doktor beritahu Mak Uda saya bebas dari Covid-10. She is negative now (dia negatif sekarang).
“Terima kasih di atas semua doa kalian peminat Mak Cik Petir keaayangan ramai,” tulisnya memaklumkan khabar gembira.
Terdahulu pada 2 Februari lalu, pelakon berkenaan disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk menjalani sesi rawatan dan kuarantin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Johan & Fizi Ali Sah Sertai Hot FM, Pembaharuan Sekali Lagi Dilakukan

Stesen radio Hot FM sekali lagi melakukan pembaharuan dengan penjenamaan semula tagline stesen dan kehadiran dua tonggak terbaharu Hot FM iaitu Johan dan Fizi Ali, bermula 2 Ogos 2022, Selasa.
Gandingan trio yang bakal menghangatkan pagi menampilkan Johan, Fara Fauzana & AG akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.
Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat pastinya akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar.
Sementara itu, segmen Hot FM Sembang Squad akan dikendalikan oleh gandingan terbaru Fad dan Fizi Ali yang ke udara bermula 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.
Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama Ayu yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 3 petang pula akan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, music special dan ulangan segmen pagi.
Segmen malam, Hot Flix masih dikendalikan oleh Imran Aqil dan stesen tersebut akan mengadakan jelajah di semenanjung Malaysia bagi mendekati dan meraikan pendengar setia Hot FM.
Jika sebelum ini Hot FM tampil dengan tagline Kini Lebih Muzik Yang Hangat, kini Hot FM telah menukar tagline kepada Yang Hangat dan Terbaik.
Perubahan tagline ini dibuat adalah kerana elemen identiti jenama ini mampu memberikan gambaran yang menarik dan terbaik dari semasa ke semasa. Komponen daripada tagline ini berupaya memberikan lebih banyak info mengenai pengisian dan kandungan yang dibuat oleh Hot FM.
Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata, pertukaran tagline adalah salah satu strategi mereka untuk memastikan pendengar akan sentiasa lebih dekat.
“Ia juga bersesuaian dengan pengisian yang memfokuskan kepada setiap kandungan, barisan penyampai, muzik serta aktiviti lapangan yang diadakan sentiasa hangat dan terbaik buat pendengar Hot FM yang sentiasa menyokong stesen selama ini,” katanya.
Pada masa sama, Hot FM Zoomerz kembali diwujudkan susulan permintaan yang tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beraya Dengan Kerabat Terengganu, Nafiz Muaz ; “Keluarga Diraja Terima Saya Seadanya Tanpa Mengira Darjat Dan Status.”

Sejak menamatkan zaman solo pada Januari tahun lalu, pelakon Nafiz Muaz dilihat seperti memperlahankan sebentar kerjaya seninya untuk memberikan fokus terhadap statusnya sebagai seorang suami.
Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Nur Diyana Omar, 30, yang juga merupakan adinda kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Nafiz berkata tiada sebarang perubahan yang dilaluinya biarpun tanggapan ramai menganggap dia perlu terikat dengan protokol.
“Ada yang cakap bila kahwin dengan kerabat diraja atau yang mempunyai pertalian darah dengan mereka kena kawal semua perkara. Tetapi bila saya dah jadi sebahagian daripada mereka tak ada pun sebarang tanggapan itu. Yang penting kita jujur, ikhlas dan jaga nama baik keluarga.
“Saya memang jaga perihal peribadi kerana ingin menjaga nama baik saya dan keluarga. Saya tak pernah ambil kesempatan berkahwin dengan adik salah seorang kerabat diraja atau sebaliknya kerana saya memang bekerja keras untuk isteri dan keluarga.
“Saya kalau boleh nak orang anggap saya bukan orang yang senang kerana takut akan ada pihak yang bersikap busuk hati dan saya selesa untuk sentiasa bersikap merendah diri,” katanya.
Masih lagi dalam mood raya, Nafiz, 23, turut berkongsi cerita pengalamannya menyambut Aidilfitri bersama kerabat diraja Terengganu, baru-baru ini.
“Apabila raya kami menghadap istana kerana akan ada sesi makan bersama keluarga. Banyak benda baru sebenarnya yang saya belajar dan saya agak kekok apabila pertama kali masuk ke dalam istana.
“Sebelum kahwin saya panggil Sultanah Nur Zahirah sebagai Tuanku tapi bila kami dah jadi keluarga saya bahasakan diri saya Nafiz dan saya panggil baginda sebagai Kak Zahirah. Kalau Sultan Mizan, saya masih panggil sebagai Tuanku.
“Saya pun dah tak rasa kekok dan keluarga diraja pula mereka terima saya seadanya tanpa mengira darjat atau status walaupun saya orang seni dan bukan golongan berada. Itu adalah rezeki yang Allah bagi pada saya.
“Baginda (Sultanah Nur Zahirah) tak nak saya rasa bila kami makan semeja, saya akan rasa macam orang luar . Baginda nak saya rasa seperti keluarga dan orangnya sangat peramah.
“Baginda seorang yang santai dan saya suka perwatakan Baginda sehingga kami boleh bersembang lama pelbagai perkara. Dia masih pekat cakap Kedah walaupun berkahwin dengan orang Terengganu,” kata Nafiz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nafiz Muaz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“InsyaAllah Bekalan Alam Kubur Daddy & Mommy,” – Anaqi Mula Rajin Ikut Solat, Amar Baharin Doa Moga Anak Membesar Jadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti mahu memberikan didikan terbaik buat anak-anak dengab harapan si kecil bakal menjadi insan yang berjaya serta taat kepada agama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, pelakon Amar Baharin ada berkongsi cerita mengenai anak pertamanya, Aqeef Anaqi.
Kongsi Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, Anaqi yang baru mencecah usia 4 tahun kini mulai rajin mengikuti solat.
Lalu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini titip doa moga anak-anaknya menjadi anak soleh dan solehah.
“Anak soleh Daddy @aqeefanaqi ni rajin nak ikut solat kat rumah nenek dia. Insyaallah bekalan utk alam kubur Daddy n Mommy nanti. Ya Allah jadikan anak2 kami anak yang soleh dan solehah dan jadi penghafal Al-Quran amin,” tulisnya pada ruangan komen.
Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arysaa, setahun.
Foto: Instagram Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI