Pelakon Nelydia Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen telah sah bergelar isteri kepada seorang usahawan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, hari ini.
Pelakon dan pengacara, Datin Hajah Fouziah Gous menyifatkan teguran netizen berhubung dengan gaya pemakaian secara umum di medoa sosial adalah bukan suatu yang baik.
Sebaliknya, ibu kepada dua cahaya mata ini menyifatkan perkara itu secara tidak langsung akan menghasut orang lain untuk turut sama berfikiran negatif.
“Kadang-kadang sedar tak bila kita mengambil gambar nampak lain, sebab cahaya, sudut, bayang, cara berdiri silang kaki dan macam-macam lah. So nampak la segala ketat itu ini kan!
“Padahal jeans yang saya pakai, in real normal jeans atau high waist,” tulisnya menerusi salah satu entri di Insta Stories awal semalam.
Sementara menerusi posting yang seterusnya, Fouziah ada memberitahu biarlah kita jadi manusia yang selalu sedar kesilapan atau tahu tidak sempurna daripada rasa diri sudah sempurna atau cukup baik.
“Aku tegur kerana Allah, aku tegur kerana kebaikan’, Ya betul, tapi sedarkah anda ia juga menghasut fikiran orang secara tidak langsung?,” katanya panjang lebar.
Berikut merupakan penjelasan serta pandangan dari Fouziah yang dipetik menerusi Insta Storiesnya.
Di akhir katanya, Fouziah turut menempelak sesetengah netizen yang adakah mereka akan melakukan perkara sama, menegur di media sosial andai wanita bukanlah terdiri daripada mereka yang bergelar ‘artis’.
Foto: Instagram Fouziah Gous
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Datin Nora Ariffin lega selepas kebanyakan akaun media sosial yang dibuat bertujuan untuk memfitnah dan memburukkan reputasinya telah pun ditutup.
Menurut Nora, ada juga di kalangan mereka yang membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan.
“Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Banyak dah fake-fake account yang dibuat untuk mengata, memaki, memfitnah dan mengeji saya sudah ditutup.
“Ada juga yang memohon maaf sebab depa buat kerana disuruh untuk menjatuhkan saya,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram stories.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Samudera ini memaklumkan dia telah pun terlebih dahulu memaafkan perbuatan mereka itu.
Katanya lagi, dia juga menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk membalas setiap perbuatan mereka ini.
“Don’t worry adik, saya maafkan semua orang. Allah SWT memang maha mengetahui. Moga semuanya baik-baik belaka,” kongsinya lagi.
Terdahulu, selepas ketiadaan suami serta anaknya, Nora dikhabarkan sering kali menerima kecaman gara-gara dikatakan sukar untuk menerima ketentuan takdir mengenai pemergian orang-orang yang amat disayanginya itu.
Malah, sewaktu mendirikan rumah tangga kedua, Nora juga dihimpit kontroversi selepas beberapa kali dilemparkan dengan dakwaan tidak sahih.
Sekadar informasi, Nora mengesahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga kedua bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, tahun lalu.
Sebelum ini, Nora berkahwin dengan komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertandingan Miss Global 2025 telah melabuhkan tirai pada 9 Mac 2025 menyaksikan ratu cantik Vietnam, Nhu Van Nguyen, dimahkotakan sebagai juara.
Tempat kedua dan ketiga pertandingan ini pula dimenangi oleh wakil Jamaica, Kerri-Ann Greenwood dan wakil Puerto Rico, Ediris Rivera. Manakala, wakil Amerika Syarikat, Lindsay Baker dan wakil Filipina, Xena Ramos, berada di kedudukan keempat dan kelima.
Dalam edisi ini, seramai 60 peserta dari seluruh pelusuk dunia menyertai pertandingan berprestij itu yang dilangsungkan di daerah Nonthaburi, Bangkok, Thailand.
Lalui pelbagai peringkat
Daripada 60 peserta, pada malam finale, para peserta dikecilkan ke peringkat top 20 yang mana mereka mempersembahkan penampilan gaun petang dan baju renang.
Kemudiannya peserta top 20 dikecilkan lagi kepada 12 peserta terbaik untuk melalui sesi keyword yang mana mereka perlu menerangkan tentang topik yang diberikan. Setelah itu barulah peserta top 5 dan top 3 diumumkan.
Pada peringkat top 3 sebelum penentuan pemenang, setiap peserta ditanya soalan yang sama berkenaan dengan slogan Miss Global mana yang mereka pelajari sepanjang pertandingan.
“Sepanjang dua minggu yang saya berpeluang untuk meluangkan masa bersama wanota-wanita lain yang memperkasakan saya belajar untuk memperkasa diri saya, untuk keluar dari zon selesa saya dan menjadi apa yang saya mahu jadi dan kejar impian saya.
“Dan yang keduanya untuk mewakili negara tersayang saya, Vietnam, untuk menampilkan budaya kami, kepelbagaiannya dan itu menjadikan saya sangat bangga.
“Ketiga untuk memahami kecantikan dari dalam. Kecantikan yang kita faham boleh pudar tetapi legasi dan kasih sayang akan kekal selamanya. Dan perkara terkahir yang saya mahu kongsi adalah semangat setiakawan Miss Global itu menjadi satu bahagian yang saya banggakan,” jawab Nhu Van Nguyen panjang lebar
Wakil Malaysia, Eshwin Kaur, terpaksa berpuas hati apabila hanya berjaya ke peringkat top 20 selepas namanya tidak dipanggil untuk ke peringkat top 12.
Vietnam cemerlang
Kemenangan Nhu Van Nguyen seperti sudah dijangka kerana sejak awal dia menjadi antara pilihan ramai sebagai antara front-runner pertandingan ini.
Kemenangan model berusia 33 tahun ini menandakan seorang lagi ratu cantik daripada Vietnam berjaya menggondol mahkota antarabangsa.
Sebelum ini seorang lagi wakil Vietnam, Huynh Thị Thanh Thuy mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Miss International 2024.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita baik buat warga Sarawak, khususnya di Miri! Astro dengan kerjasama TV Sarawak (TVS) bakal menganjurkan acara muzik berskala besar, Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei ini bertempat di Stadium Tertutup Miri.