Penyanyi Aina Abdul tampil dengan single terbaharu berjudul Aina Abdul yang menampilkan kelainan apabila menggabungkan tiga lagu baladanya iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi.
Namun dalam ramai yang menyukai lagu berkenaan, ada juga memberikan reaksi sebaliknya apabila beranggapan mereka seolah-olah tertipu memandangkan ia bukanlah sebuah lagu baru sepenuhnya.
“Saya ada baca banyak ‘mix review’. Ada yang rasa tertipu, ada yang kata saya ‘scam’ dan pelbagai lagi. Bagi saya, semua orang ada pendapat saya tersendiri.
“Lagu ini juga seperti lagu baharu. Saya juga tak pernah janji kepada sesiapa yang saya bakal mengeluarkan lagu baharu. Ada yang ingat saya keluarkan lagu baharu, rupanya tiga lagu lama yang disatukan.
“Susunan muzik dalam lagu ini juga adalah susunan baharu dan bagi saya, lagu ini seperti lagu baharu. Tapi, saya sendiri faham kepada mereka yang tak dapat merasakan ‘hype’ yang sama seperti saya, saya bersedia untuk terima komen sebegini,” katanya.
Aina bagaimanapun tidak menyalahkan mereka yang memberikan kritikan kerana dia sedaya upaya telah cuba memberikan suatu yang berbeza.
Ads
“Tak salah mereka fikir begitu tetapi bukan niat saya untuk menipu mereka. Saya tak fikir saya tipu sesiapa kerana saya sukakan produk akhir yang disampaikan dalam lagu ini, saya gemarkan bunyi lagu ini, kualitinya serta produk keseluruhan.
“Saya nak buat sesuatu yang berbeza dalam portfolio saya. Tetapi, dalam komen negatif, ada juga komen positif. Saya sendiri tak rasa saya membazir kerana saya rasa bangga dengan hasil kerja saya ini.
“Saya percaya dengan kreativiti dan selepas ini Insya-Allah akan ada banyak lagi lagu menyusul. Lagu untuk dikeluarkan pada tahun 2022 pun saya dah siap.
Ads
“Ada yang tanya mana lagu baru saya? Tak ada idea ke buat lagu seperti ini? Doakan saya sentiasa ada idea dan yang pasti akan ada banyak lagu di masa akan datang. Tunggu tau, Insya-Allah,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, Aina Abdul turut mempunyai mesejnya yang tersendiri dan dia menjadikan perjalanan kerjaya sebagai fokus utama.
“Tiga lagu ini digabungkan kerana emosinya yang saling berkait dan sesuai untuk ditampilkan dalam sebuah karya. Di awal lagu dimulakan dengan melodi Sumpah, diikuti dengan Semalam dan diakhiri dengan Sepi.
Ads
“Emosi dari gabungan tiga lagu ini menceritakan figura wanita yang kuat meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perjuangan seorang diri.
“Sesuai dengan mesej Sumpah yang mengetengahkan hal kesihatan mental, Semalam pula memberi fokus kepada konflik masalah rumah tangga, manakala Sepi pula mengenai self-empowerment.
“Saya jadikan kesusahan perjalanan karier seni sebagai fokus mesej utama lagu Ain Abdul. Alhamdulillah, apabila tiga buah lagu ini digabungkan, hasilnya menjadi dan Aina bangga dengan mashup ini,” katanya.
Aina Abdul sehingga kini sudah pun mencapai tontonan hampir 200,000 kali selepas beberapa hari dimuat naik di laman YouTube.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebak di dada membaca perkongsian Mizz Nina mengenai mangsa perang Syria yang kehilangan semua anak-anak akibat bom yang dijatuhkan regim Israel.
Ulang siar daripada posting Cinta Syria Malaysia ini menggambarkan keadaan mangsa perang yang kehilangan semua anak-anak dan hampir tidak siuman kerana tidak mampu menerima hakikat.
“#Repost @cintasyriamalaysia
“Anak saya tercampak depan saya. Saya berlari ambil dia dan kemudian saya bangun, saya tak tahu saya di mana. Semua anak-anak saya mati begitu sahaja. Semua.”
“Kata seorang ibu yang kami duk bersembang. Kini dia memeluk anak-anak saudaranya yang masih hidup. Kata wanita yang bersama duduk dengan beliau, selepas beberapa tahun barulah kawannya itu siuman dan kembali normal.
“Trauma terhadap kehilangan ahli keluarganya itu terlalu kuat dan menjadikannya kerap rasa nak bunuh diri dan mahu ikut mati.
“Beliau antara yang terselamat dari bom-bom yang dijatuhkan rejim. Yang mana memang mereka sengaja meletupkan kampung-kampung tanpa sikit pun belas kasihan.
“Kini mereka tinggal di dalam khemah-khemah selama 8 tahun ini.
“Makan hanya bergantung kepada sumbangan, pakaian serta kelengkapan di dalam khemah juga begitu,” kongsinya.
Malah, Aidiladha yang bakal menjelang ini merupakan satu-satunya peluang bagi mereka menikmati hidangan daging hasil sumbangan masyarakat.
“Untuk raya haji ini, itulah satu-satunya waktu yang mereka akan dapat menikmati daging dalam setahun. Sebungkus daging yang kita beri itu merupakan nikmat paling besar kepada mereka.
“Itulah bahagia yang kita dapat beri dengan mengerjakan ibadah korban di Syria dan Kem-Kem Pelarian Syria di Turki.
“Sungguh, membahagiakan mereka walau sesaat merupakan sebuah kepuasan di hati kita semua.
“Pembayaran boleh terus di bank in kan ke Akaun Rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank: 562834640983
ATAU
Pembelian kambing atau sumbangan projek qurban secara atas talian di:
http://bit.ly/ProjekQurbanCSM
http://bit.ly/ProjekQurbanCSM
SASARAN : 250 EKOR KAMBING
HARGA : RM1000 (SEEKOR)
Inboxkan maklumat berikut ke emel kami – cintasyriamalaysia@gmail.com:
1) Nama penyumbang:
2) Nama yang ingin diniatkan untuk Qurban atau Akikah (jika berlainan dari penyumbang):
3) Jumlah kambing:
4) Bukti (resit) bayaran penyertaan.
“Sebarang pertanyaan boleh dirujuk di whatsapp: HQ kami di +01136852190
“Ayuh! Juga jemput share ya! Mana tahu ada saudara atau kawan kita mahu menunaikan korban juga,” tulisnya panjang lebar.
Baru-baru ini, pihak pengurusan stesen radio Hot FM telah pun mengeluarkan kenyataan memaklumkan khidmat penyampai radio, Shuk Sahar akan digantung buat sementara waktu berkuat kuasa serta merta.
Menurut laporan Harian Metro, pergantungan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.
Dengan berkuat kuasanya pengumuman tersebut, kini hanya tinggal Fizie sahaja yang merupakan gandingan asal segmen Geng Pagi Hot (GPH) memandangkan pelawak, Shuib Sepahtu baru sahaja mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan beberapa minggu lalu
Bagaimanapun, menerusi pemerhatian MH selama dua hari ini, segmen pagi itu kini dilihat telah diambil alih buat sementara waktu oleh pembaca berita, Amirulhakim Ahmad Lokman dan rakan penyampai, Jay Jamalina.
Perkhabaran tersebut nyata mengundang rasa sedih di hati segelintir pihak terutama para peminat Fizie.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Fizie dilihat memuat naik semula reaksi peminat yang ternyata merindukan celotehnya itu.
Rata-rata peminat menyifatkan segmen pagi tersebut amat berbeza selepas ketiadaan Fizi, Shuk dan Shuib.
Terdahulu, pihak pengurusan Hot FM turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai penggantungan Shuk akan diumumkan selepas siasatan dalaman selesai.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga membabitkan Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rossalennah mendakwa suaminya itu masih berlaku curang dengan wanita sama yang pernah dikaitkan sebelum ini.
Terdahulu, Shuk dan Rossalennah telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.
Sumber: Instagram Fizie & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Wanna Ali kembali memeriahkan persada seni muzik tanah air apabila melancarkan single terbaharu, Bukan Sekadar Lafaz, duet bersama Aiman Ismail.
Bercerita lanjut tentang lagu ciptaan penuh ibunya, penerbit dan pemilik produksi Pencil Pictures & Records iaitu Datuk Ayu Puteh itu, Wanna menjelaskan, lagu tersebut merupakan runut bunyi bagi drama lakonannya di slot Akasia TV3 yang menggunakan judul sama.
Mengulas kolaborasi julung kalinya bersama Aiman yang juga bapa tirinya, Wanna menyifatkan kerjasama antara mereka sepanjang proses rakaman dilaksanakan secara profesional.
Malah, keduanya juga tidak mahu ambil pusing jika timbul persepsi negatif daripada pihak luar.
“Lirik lagu ini berkisar tentang hidup ibu saya dan suaminya, Aiman. Disebabkan itu, dia mahu ahli keluarga terdekat yang menyanyikannya sebab dirinya bukan seorang penyanyi.
“Dalam keluarga, saya dan Aiman memang sudah lama menyanyi. Maka sebab itulah kami bersetuju untuk bekerjasama merakam lagu ini. Lagipun, ini permintaan ibu sendiri,” katanya.
Sementara itu, Aiman ketika diminta mengulas berpendapat, kolaborasinya bersama Wanna tidak perlu dijadikan isu besar sementelah mereka tahu menjaga batas masing-masing.
Katanya, memahami rasa dan inti lagu itu sahaja sudah cukup profesional, tambahan pula karya tersebut adalah sesuatu yang istimewa hasil nukilan isteri dicintai.
“Sudah lapan tahun saya hayati lirik ini sejak berkahwin dengan Ayu. Bahkan, Wanna pun tahu betapa bermaknanya lagu Ini buat saya,” kata Aiman yang sebelum ini pernah muncul dengan debut bertajuk Cintamu Palsu pada 2015.
Justeru, Wanna dan Aiman berharap, penyatuan kedua-dua mereka di dalam sebuah lagu dapat diterima secara positif serta tidak perlu mengaitkannya dengan sesuatu perkara negatif.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!